Bahasa Vernakular
-Bahasa yang dipertuturkan oleh golongan tertentu.
Bahasa Insklusif
-Bahasa utama yang dipilih dan ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis bahasa yang telah sedia ada di dalam sesebuah negara itu.
-Contohnya bahasa rasmi.
Bahasa Eksklusif
-Bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu.
-Contohnya seperti dialek.
Bilingualisme
-Pemakaian dua bahasa oleh seseorang.
Multilingualisme
-Pemakaian dua atau lebih bahasa oleh seseorang.
Ambilingual
-Pengetahuan terhadap dua bahasa yang dapat dikuasai dengan baik.
Dwibahasa
-Pengetahuan tentang dua bahasa yang masing-masing berbeza penguasaannya.
Covert Bilingual
-Pengetahuan terhadap dua bahasa tetapi tidak melahirkan atau mengujarkan bahasa kedua baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Pengetahuannya dirahsiakan.
Pertukaran Kod (Code-switching)
-Pertukaran penggunaan bahasa seseorang iaitu dari satu bahasa ke bahasa lain.
-Contohnya dari penggunaan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.
-'Saya nak makan' menjadi 'I want to eat'.
Percampuran Kod (Code-mixing)
-Pertukaran bahasa seseorang yang dilakukan secara berganti-ganti.
-Dua atau lebih bahasa digunakan secara berganti-ganti dalam waktu yang sama.
Penganjakan Bahasa
-Pemindahan bahasa atau language shift iaitu seseorang itu meletakkan sesuatu perkataan itu dalam bahasanya sendiri.
Dwilogsia/Diglosia
-Kewujudan dua variasi bahasa dalam sesuatu bahasa mengikut situasi.
-Kedua-dua bahasa ini ada perbezaannya iaitu salah satu tinggi statusnya.
Poliglosia
-Bahasa yang wujud dalam kepelbagaian suasana seperti dialek atau laras bahasa yang kedudukannya pelbagai.
Sosiolinguistik
-Kajian tentang bahasa yang berkaitan dengan masyarakat.
Dialek
-Satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau kelas sosial.
Idiolek
-Variasi bahasa seseorang individu.
Etnografi
-Cabang antropologi yang berkaitan dengan pemerian berkaitan masyarakat.
Etnologi
-Kajian berkaitan rumpun, bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaan.
Antropologi
-Kajian saintifik tentang asal usul manusia
Mikrolinguistik
-Kajian tentang hubungan antara struktur linguistik dan struktur sosial pada paras interaksi bersemuka.
Makrolinguistik
-Kajian tentang linguistik manusia pada pecahan bidang yang lebih luas seperti bidang sosiologi, ekonomi, politik dan sebagainya.
Monday, 28 May 2012
Friday, 4 May 2012
Situasi Empat Puluh-04/05/12
Bahasa Politk
Sebelum mengakhiri tugasan penulisan blog ini, saya ingin berkongsi tentang satu tajuk yang perlu saya siapkan untuk pembentangan bagi kelas Sosiolinguistik Bahasa Melayu pada minggu hadapan iaitu mengenai laras bahasa. Terlebih dahulu, kita selusuri dahulu definisi laras bahasa itu sendiri. Laras merupakan salah satu unsur bahasa yang penting apabila bahasa digunakan dalam pelbagai situasi (Halliday, 1964). Manakala, bahasa merupakan satu sistem lambang bunyi yang arbitrari yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung. Oleh itu, laras bahasa dapat disimpulkan sebagai bentuk bahasa yang khusus sifatnya bagi membincangkan sesuatu bidang.
Oleh sebab saya merupakan salah seorang pelajar universiti dan terikat dengan peraturan akademik serta protokol, maka saya akan berkongsi tentang laras bahasa ilmiah khususnya dalam bidang penulisan. Laras bahasa ilmiah ialah laras yang mengungkapkan ilmu dan merupakan kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa. Laras bahasa ilmiah in mempunyai cirinya yang tersendiri iaitu:
- Bernada formal- Setiap fakta dan hujah perlu disampaikan dengan sempurna, teratur dan cukup jelas.Selain itu, fakta yang diutarakan perlu mencapai ojektif penulisan. Contohnya, 'pada umumnya, barangkali, mungkin', dan sebagainya.
- Menggunakan sudut pandangan orang kedua- Perkara ini merupakan ciri terbaik dalam penulisan ilmiah. Tujuannya adalah untuk mengelakkan unsur personal di antara penulis dengan pembaca.
- Ragam pasif- Tujuannya adalah untuk menegaskan objek ayat dan bukan sebjek ayat. Contohnya, 'data ini dikumpulkan melalui soal selidik'.
Kesimpulannya. sebagai bakal pendidik, kita perlu mengetahui dan mengamalkan penggunaan laras bahasa bagi sesuatu situasi yang berkaitan baik laras bahasa politik, sastera, ekonomi, ilmiah dan sebagainya. :)
Situasi Tiga Puluh Sembilan-03/05/12
Kata Pinjaman Portugis
Sedang saya membelek Majalah Dewan Bahasa di perpustakaan, saya terpandang akan artikel yang membincangkan tentang kata pinjaman yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Maka, saya teringat akan kelompok penyerapan bahasa asing yang terdapat dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah penyerapan beberapa perkataan dari bahasa China, Arab, Sanskrti, Portugis dan sebagainya dalam bahasa Melayu. Secara tidak langsung, saya ingin berkongsi tentang kata pinjaman bahasa Portugis dalam bahasa Melayu kepada kesemua para pembaca.
Sebenarnya, bahasa Portugis yang dituturkan oleh masyarakat Portugis Melaka, dikenali dengan nama bahasa kristang (S.Nathesan, 2009:33). Selain itu, penyerapan bahasa Portugis dalam bahasa Melayu adalah sejumlah 450 patah perkataan dan kebanyakan bahasa Portugis ini masih diguna pakai dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga kini. Berikut merupakan beberapa contoh kata pinjaman Portugis yang masih digunakan dalam pembendaharaan kata Melayu:
- Alamario > Almari
- Bomba> Bomba
- Boneca> Boneka
- Dado> Dadu
- Garfo> Garfu
- Igreja> Gereja
- Janela> Jendela
- Jogar> Judi
- Queijo> Keju
- Camisa> Kameja
- Carreta> Kereta
- Falso> Palsu
- Festa> Pesta
- Fita> Pita
- Araca> Rak
- Ronda> Ronda
- Sabdo> Sabtu
- Saco> Saku
- Escola> Sekolah
- Sapato> Sepatu
- Soldado> Soldadu
Begitulah sebilangan perkataan bahasa Portugis yang telah menjadi sebahagian dari bahasa Malayu selepas 'dipinjam' oleh bahasa Melayu.
Situasi Tiga Puluh Lapan-02/05/12
Basa-basi Komunikasi
Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang bahasa basi dalam komunikasi. Hal ini demikian kerana, ketika pulang dari kelas Sosiolinguistik Bahasa Melayu, saya terdengar perbualan sepasang rakan lama yang sudah la tidak berjumpa. Namun begitu, topik atau isi perbualannya seakan seperti tidak minat untuk dibncangkan. Dalam kosa kata bahasa Melayu dan Indonesia, perkataan "basa" selain mungkin mempunyai konotasi dengan perkataan "bahasa", "basa" mempunyai maksudnya yang tersendiri, iaitu berkaitan dengan sopan santun dan tingkah laku yang baik seperti 'tak tahu bahasa'. Sementara itu, "basi" bermaksud suatu benda (makanan) yang sudah lapuk, dan rosak. Kamus Dewan Edisi Ketiga, mendefinisikan basa sebagai maksud sopan santun, tingkah laku yang baik; sejak hari ini hendaklah engkau habisi segala hutang budi hutang
Oleh itu, berbalik pada topik utama, saya ingin kongsikan dengan rakan sekalia bahawa kita sebenarnya sering menggunakan basa-basi dalam pelbagai situasi. Contohnya, dalam kehidupan sehari-hari, ketika kita menerima ucapan dan sapaan daripada orang lain. Misalnya:
Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang bahasa basi dalam komunikasi. Hal ini demikian kerana, ketika pulang dari kelas Sosiolinguistik Bahasa Melayu, saya terdengar perbualan sepasang rakan lama yang sudah la tidak berjumpa. Namun begitu, topik atau isi perbualannya seakan seperti tidak minat untuk dibncangkan. Dalam kosa kata bahasa Melayu dan Indonesia, perkataan "basa" selain mungkin mempunyai konotasi dengan perkataan "bahasa", "basa" mempunyai maksudnya yang tersendiri, iaitu berkaitan dengan sopan santun dan tingkah laku yang baik seperti 'tak tahu bahasa'. Sementara itu, "basi" bermaksud suatu benda (makanan) yang sudah lapuk, dan rosak. Kamus Dewan Edisi Ketiga, mendefinisikan basa sebagai maksud sopan santun, tingkah laku yang baik; sejak hari ini hendaklah engkau habisi segala hutang budi hutang
Oleh itu, berbalik pada topik utama, saya ingin kongsikan dengan rakan sekalia bahawa kita sebenarnya sering menggunakan basa-basi dalam pelbagai situasi. Contohnya, dalam kehidupan sehari-hari, ketika kita menerima ucapan dan sapaan daripada orang lain. Misalnya:
- 'Selamat pagi/tengah hari/petang'
- 'Selamat datang.'
- 'Apa khabar?'
- 'Insya-Allah..'
Hakikatnya, kesemua basa-basi ini dijadikan sebagai 'pemanis bicara' dalam berkomunikasi yang tujuannya adalah lebih kepada memberi janji dan harapan kepada pihak kedua atau yang mengajak berbicara. Kesimpulannya, bahasa basi wujud dalam kesemua bahasa Namun, perbezaan yang perlu diketahui ialah basa-basi in dinilai dan dibezakan berdasarkan pandangan sarwa dan budaya masyarakat bagi sesebuah bahasa yang berkaitan.
Tuesday, 1 May 2012
Situasi Tiga Puluh Tujuh-01/05/12
Kering KONTANG atau kering KOTAI?
*p/s: Bertambah ilmu baharu. Amin :)
Apabila berbicara tentang perkataan 'kontang', sudah tentu ramai yang berfikir tentang perkataan 'kering'. Hal ini demikian kerana, perkataan kontang itu sendiri sangat sinonim dengan perkataan kering. Bahkan, sering digandingkan bersama dalam sesuatu ujaran iaitu dengan perkataan 'kering kontang'.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:818), 'kontang' bermaksud tidak berair, kering dan kebiasaannya dirujukkan kepada parit iaitu persekitaran/fizikal bumi. Selain itu, perkataan kering kontang ini menjadi rujukan untuk sebarang benda yang keadaan fizikalnya kering pada tahap yang maksimum. Kering kontang juga ditujukan kepada sesuatu benda yang mengalami kekeringan, pada darjah perbandingan yang paling tinggi.
Tetapi, apakah pula yang dimaksudkan dengan perkataan 'kotai'? Adakah mempunyai makna sinonim dengan perkataan kontang atau sebaliknya? Maksud bagi perkataan 'kotai' yang saya ketahui ialah, perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada makanan. Namun begitu, konsepnya tetap sama iaitu sebagai kata keterangan bagi kata adejektif yang menunjukkan sifat 'kering'. Buktinya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:826) perkataan 'kotai' itu sendiri didefinisikan sebagai kering yang dirujukkan kepada buah yang dijemur, yang tua dan yang telah dikeringkan. Maka, apa yang dapat dilihat antara kedua-dua perkataan 'kontang' dan 'kotai' ini, saya dapat simpulkan bahawa:
- Kering kontang: Keadaan fizikal/persekitaran bumi yang kering, tanpa sumber air. Contoh, kemarau.
- Kering kontai: Keadaan fizikal bagi buah-buahan yang kering, kekurangan air dek kerana dijemur, disejat dan sebagainya. Contoh, buah nyiur yang telah dikeringkan.
Contoh:
KERING 'KONTANG'
KERING 'KOTAI'
*p/s: Bertambah ilmu baharu. Amin :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)