Blogger Widgets

Tuesday, 1 May 2012

Situasi Tiga Puluh Tujuh-01/05/12

Kering KONTANG atau kering KOTAI?

Apabila berbicara tentang perkataan 'kontang', sudah tentu ramai yang berfikir tentang perkataan 'kering'. Hal ini demikian kerana, perkataan kontang itu sendiri sangat sinonim dengan perkataan kering. Bahkan, sering digandingkan bersama dalam sesuatu ujaran iaitu dengan perkataan 'kering kontang'.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:818), 'kontang' bermaksud tidak berair, kering dan kebiasaannya dirujukkan kepada parit iaitu persekitaran/fizikal bumi. Selain itu, perkataan kering kontang ini menjadi rujukan untuk sebarang benda yang keadaan fizikalnya kering pada tahap yang maksimum. Kering kontang juga ditujukan kepada sesuatu benda yang mengalami kekeringan, pada darjah perbandingan yang paling tinggi. 

Tetapi, apakah pula yang dimaksudkan dengan perkataan 'kotai'? Adakah mempunyai makna sinonim dengan perkataan kontang atau sebaliknya? Maksud bagi perkataan 'kotai' yang saya ketahui ialah, perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada makanan. Namun begitu, konsepnya tetap sama iaitu sebagai kata keterangan bagi kata adejektif yang menunjukkan sifat 'kering'. Buktinya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:826) perkataan 'kotai' itu sendiri didefinisikan sebagai kering yang dirujukkan kepada buah yang dijemur, yang tua dan yang telah dikeringkan. Maka, apa yang dapat dilihat antara kedua-dua perkataan 'kontang' dan 'kotai' ini, saya dapat simpulkan bahawa:
  • Kering kontang: Keadaan fizikal/persekitaran bumi yang kering, tanpa sumber air. Contoh, kemarau.
  • Kering kontai: Keadaan fizikal bagi buah-buahan yang kering, kekurangan air dek kerana dijemur, disejat dan sebagainya. Contoh, buah nyiur yang telah dikeringkan.


Contoh: 



KERING 'KONTANG'



KERING 'KOTAI'




*p/s: Bertambah ilmu baharu. Amin :)





No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog