Sebelum mengakhiri tugasan penulisan blog ini, saya ingin berkongsi tentang satu tajuk yang perlu saya siapkan untuk pembentangan bagi kelas Sosiolinguistik Bahasa Melayu pada minggu hadapan iaitu mengenai laras bahasa. Terlebih dahulu, kita selusuri dahulu definisi laras bahasa itu sendiri. Laras merupakan salah satu unsur bahasa yang penting apabila bahasa digunakan dalam pelbagai situasi (Halliday, 1964). Manakala, bahasa merupakan satu sistem lambang bunyi yang arbitrari yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung. Oleh itu, laras bahasa dapat disimpulkan sebagai bentuk bahasa yang khusus sifatnya bagi membincangkan sesuatu bidang.
Oleh sebab saya merupakan salah seorang pelajar universiti dan terikat dengan peraturan akademik serta protokol, maka saya akan berkongsi tentang laras bahasa ilmiah khususnya dalam bidang penulisan. Laras bahasa ilmiah ialah laras yang mengungkapkan ilmu dan merupakan kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa. Laras bahasa ilmiah in mempunyai cirinya yang tersendiri iaitu:
- Bernada formal- Setiap fakta dan hujah perlu disampaikan dengan sempurna, teratur dan cukup jelas.Selain itu, fakta yang diutarakan perlu mencapai ojektif penulisan. Contohnya, 'pada umumnya, barangkali, mungkin', dan sebagainya.
- Menggunakan sudut pandangan orang kedua- Perkara ini merupakan ciri terbaik dalam penulisan ilmiah. Tujuannya adalah untuk mengelakkan unsur personal di antara penulis dengan pembaca.
- Ragam pasif- Tujuannya adalah untuk menegaskan objek ayat dan bukan sebjek ayat. Contohnya, 'data ini dikumpulkan melalui soal selidik'.
Kesimpulannya. sebagai bakal pendidik, kita perlu mengetahui dan mengamalkan penggunaan laras bahasa bagi sesuatu situasi yang berkaitan baik laras bahasa politik, sastera, ekonomi, ilmiah dan sebagainya. :)
No comments:
Post a Comment