Blogger Widgets

Friday, 30 March 2012

Situasi Dua Puluh-30/03/12


Salam Jumaat buat semua rakan. Saya baru sahaja selesai dari menghadiri kelas subjek major Bahasa Melayu. Sesudah usai kelas ini, saya terdetik ingin mengulas tentang satu tajuk iaitu 'setia bahasa'. Sepanjang kelas tersebut berlangsung, saya dapati terdapat sebilangan anggotanya mengamalkan bahasa Melayu atau standard. Namun, komunikasi yang berlangsung antara kedua-dua pihak lebih menjurus kepada dialek masing-masing. Tetapi, tidak mengapa jika perkara ini berlaku kerana bahasa dialek masih tergolong dalam bahasa Melayu dan menjadi bahasa utama bagi mereka yang berasal dari negeri yang mempunyai dialek. Namun, bagi mereka atau pelajar yang tidak tahu-menahu tentang sesetengah dialek itu, maka rugilah kami kerana tidak dapat memahami isi perbualan mereka. Oleh itu, saya terpanggil untuk mengulas mengenai tajuk 'setia bahasa', tetapi tidak bermakna ulasan saya ini ditujukan kepada pelajar di kelas tersebut cuma saya terdetik untuk mengulas tentang isu ini.

"Jika kita setia terhadap bahasa, timbullah rasa cinta terhadap bahasa. Maknanya, kita akan memelihara kedudukan bahasa berkenaan supaya tidak tersisih dari kehidupan masyarakatnya"
(Asmah Haji Omar, 2002:4)

Bagi pandangan saya, sikap setia bahasa  satu unsur yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia. Jika kita sebagai penutur natifnya sendiri tidak mahu mengamal, menjaga dan memeliharanya, maka siapa pula yang akan memikul tanggungjawab ini? Bukanlah satu bebanan yang besar untuk memelihara bahasa Melayu ini. Cukup dengan hanya menggunakannya dengan cara yang betul dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan menggunakan bahasa kita ini.

Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan, sekolah, IPTA, IPTS dan sebagainya dalam mengangkat bahasa Melayu di mata dunia dan 'masyarakatnya', namun kesemua usaha ini tidak akan mendatangkan kesan jika tiada sokongan dan amalan kita sendiri iatu sebagai pengamalnya. Bahkan, media massa dan elektronik seperti televisyen serta radio kerap berkempen untuk memupuk semangat setia bahasa ini dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, kita harus menghargai bahasa Melayu sebelum ia hilang ditelan arus permodenan.

*sedikit bingkisan buat pembaca*


Thursday, 29 March 2012

Situasi Sembilan Belas-29/03/12


Selamat pagi semua. Oleh kerana kelas saya batal pada pagi ini, maka saya akan menyambung entri yang seterusnya. Jika sebelum ini saya telah berkongsi tentang dialek Jawa dari aspek ungkapan, morfologi dan sebagainya, maka pada entri kali in saya ingin menambah kosa kata ASAS yang diguna pakai dalam dialek Jawa. Oleh kerana permintaan dari rakan-rakan sangat tinggi, jadi saya akan kongsikan sedikit ilmu ini kepada rakan-rakan.
Dialek Jawa
Bahasa Standard/Melayu
Kabare
Apa khabar
Waras
Sihat
Tangi
Bangun tidur
Turu
Tidur
Melayu
Berlari
Dolan
Berjalan
Pilek
Pening
Meriang
Demam
Mangan
Makan
Ngombeh
Minum
Ados
Mandi
Ngelak
Haus
Wes
Sudah
Urong
Belum
Sue
Lama
Nyong
Aku/Saya
De’e
Dia
Jegong
Duduk



Selamat membaca rakan-rakan! :)







































Situasi Lapan Belas-28/03/12


Pada entri ke lapan belas ini, saya ingin menyambung pengetahuan tentang dialek Jawa yang telah saya janjikan kepada para pembaca dan juga Puan Husna. Saya pasti Puan tertunggu-tunggu untuk mengetahui dan mempelajari tentang dialek Jawa yang unik ini. Bukannya apa, dialek Jawa ini sebenarnya dikuasai oleh golongan minoriti sahaja, tidak seperti dialek-dialek yang lain. Contohnya seperti dialek Kelantan, Terengganu dan sebagainya yang dikuasai oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia. Maka, sebagai penambahan ilmu untuk rakan yang lain, saya akan berkongsi tentang dialek Jawa khususnya dari aspek ungkapan.


Ungkapan yang kerap digunakan dalam dialek Jawa kebiasaanya terwujud kerana beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah sejarah. Oleh kerana dialek Jawa ini dikatakan berasal dari negara seberang iaitu Indoneisa, maka ungkapan yang lahir adalah lebih ke arah bahasa di sana. Sebagai contoh, bahasa atau ungkapan yang digunakan dalam dialek Jawa sangat mirip dengan bahasa Indonesia seperti 'kesambet', 'malam jumaat kliwon' dan sebagainya.


Oleh yang demikian, dalam entri kali ini saya akan berkongsi tentang ungkapan yang terdapat dalam dialek Jawa. Ungkapan-ungkapan ini digunakan secara meluas dalam konteks masyarakat Jawa di Sabak Bernam. Kadang kala, ungkapan dalam dialek Jawa ini mempunyai persamaan atau seiras dengan ungkapan yang terdapat dalam bahasa Melayu dan juga dialek-dialek lain. Antara ungkapan tersebut ialah :


'orak iso nolis' 
Ungkapan ini kebiasaannya digunakan jika seseorang itu tidak tahu belajar (menulis,membaca,mengira). Maksud bagi ungkapan ini ialah 'tidak tahu menulis. Orang tua saya akan menggunakan ungkapan ini kepada saya, khususnya selepas mengetaui keputusan ujian atau peperiksaan saya.


'dimar keanginan'
Ungkapan ini pula ditujukan kepada orang yang sangat mengantuk, hinggakan tidak mampu untuk celik atau membuka matanya. Ungkapan ini diterjemahkan secara terus dari dialek Jawa ke bahasa Melayu. 'Dimar' membawa maksud pelita manakala 'keanginan' membawa maksud berangin, terkena angin atau ditiup angin. Oleh sebab itulah bagi orang yang sangat mengatuk, kami 
(orang Jawa) akan menggelar mereka dengan ungkapan 'dimar keanginan' yang melambangkan matanya bagai pelita yang ditiup angin hinggakan kuyu dan tidak larat untuk dibuka. Ia diibaratkan dengan sumbu pelita yang akan malap, samar dan kecil apabila ditiup angin.

'keserupen/kesambet'
Ungkapan ini sebenarnya merupakan satu hal atau makna yang sinonim. Ungkapan ini sebenarnya membawa makna 'dirasuk' atau 'menurun'. Namun begitu, dalam konteks masyarakat moden sekarang, ungkapan ini telah beralih kepada perbuatan atau kata kerja yang lain. Jika di kampung saya, ungkapan ini akan ditujukan kepada individu yang bagaikan hilang kawalan emosi seperti marah yang melampau, ketawa sehingga tidak terkawal dan sebagainya. Ungkapan ini kini digunakan untuk perbuatan yang melibatkan emosi yang melampau.

'warak-wirik'
Mungkin sahabat atau Puan Husna pernah mendengar ungkapan ini. Ungkapan ini seakan sama dengan bahasa Indonesia. Hal ini  demikian kerana, ketika saya menonton konsert Akademi Fantasia, seorang penyanyi terkenal dari seberang pernah menggunakan ungkapan ini dan ungkapan ini ditujukan kepada seorang penyanyi yang berjalan ke hulu ke hilir tanpa berhenti. Oleh itu, maksud bagi ungkapan ini ialah perbuatan ke hulu ke hilir atau mundar-mandir yang dilakukan secara berulang oleh seseorang individu. Masyarakat bahasa Jawa menggunakan ungkapan ini kepada sesiapa yang tidak tahu 'duduk diam' dan bergerak tanpa henti.



Demikianlah ungkapan dalam dialek Jawa yang dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan. Mengapa? Cuma sedikit? Jangan khuatir. Insyaallah saya akan tambah koleksi ungkapan ini dari semasa ke semasa, supaya rakan-rakan dapat mengaplikasi ungkapan ini dalam kehidupan seharian. Selain itu, rakan-rakan juga dapat mengetahui bahasa atau 'kod rahsia' yang digunakan oleh mahasiswa yang mengamalkan dialek Jawa ini. Jangan risau. Jika ada pertanyaan, tinggalkan di ruangan komen. Selamat membaca sahabat~ :)

Monday, 26 March 2012

Situasi Tujuh Belas-27/03/12




Selamat petang semua. Oleh kerana saya telah selesai menyiapkan entri untuk hari yang ke enam belas, maka tidak salah jika saya menyiapkan dua situasi dalam hari yang sama. Jika rakan-rakan ingat, pada entri sebelum ini saya ada berkongsi tentang dialek Jawa khususnya dari aspek kosa kata. Sebenarnya, terdapat banyak lagi maklumat yang ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan tetapi oleh kerana takut akan pengulangan, jadi saya dahulukan situasi atau topik yang lain terlebih dahulu. Oleh itu, pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang dialek Jawa juga tetapi perbandingannya dari aspek morfologi.

Jika diteliti kata-kata penguat yang terdapat dalam bahasa Melayu/standard, terdapat beberapa jenis. Antaranya ialah kata penguat hadapan (terlalu, paling, dan agak), belakang (benar, sekali, dan nian) serta kata penguat bebas (sangat, amat, dan sungguh). Sebenarnya, kata penguat juga terdapat dalam bahasa Jawa, namun yang bezanya ialah unsur penguat yang ditonjolkan dalam bahasa Jawa ini tigak digambarkan dengan perkataan secara nyatanya. Unsur penguat dalam dialek Jawa digambarkan melalui penekanan suku kata yang pertama serta ditambah dengan fonem [u] dan juga melalui kata 'tenan-sangat' dan 'tenanan-tersangat'.

Maka, untuk kefahaman para rakan saya akan sediakan beberapa contoh penggunaan unsur penguat yang terdapat dalam bahasa Jawa:

Unsur penguat pertama : Penekanan suku kata pertama dan penambahan fonem [u]

Dialek Jawa
Bahasa Standard

b[u]agus

bagus

c[u]antik

jauh

j[u]auh

cantik



Unsur penguat kedua : Penggunaan kata 'tenan’ bagi ‘sangat' dan 'tenanan serta rameram’ bagi 'tenanan-tersangat/penguat belakang'.

Dialek Jawa
Bahasa Standard

mentel tenan

mengada-ngada sangat

ayu tenan

cantik betul/sangat

okeh tenanan

banyak sungguh

s[u]akit rameram
sakit sangat-sangat/sekali

Demikianlah sedikit pengetahuan yang dapat saya kongsikan kepada para pembaca. Jika mahu tahu dengan lebih lanjut, kekallah membaca blog ngahngokngek pada masa akan datang. Assalamualaikum :)




































Situasi Enam Belas-26/03/12


Selamat pagi semua.  Pada entri kali ini, saya ingin membincangkan tentang dialek yang telah saya kuasai. Dialek yang telah saya kuasai ini adalah merupakan dialek yang terdapat di selatan negeri Selangor iaitu di kawasan daerah Sabak Bernam. Bagi yang tidak tahu, dialek yang terdapat di kawasan ini ialah dialek Jawa. Memang tidak semua masyarakat yang tinggal di negeri Selangor mahupun di daerah Sabak bernam tahu atau fasih dalam dialek Jawa ini. Namun, di daerah tempat tinggal saya, dialek Jawa atau sinonimnya ‘bahasa Jawa’ merupakan bahasa lazim yang diguna pakai oleh kami. Selain itu, apabila berkunjung atau pulang ke kampung halaman saya yang terletak di daerah Sabak Bernam juga, saya beserta keluarga akan bercakap dalam bahasa Jawa ini. Oleh itu, pada entri kali ini saya ingin berkongsi kosa kata yang terdapat dalam bahasa Jawa dan saya akan sepadankan dengan bahasa Melayu iaitu bahasa standard kita. Moga membantu.


            Jika dilihat dari aspek kiraan, terdapat perbezaan yang nyata antara bahasa Jawa dengan bahasa standard baik dari aspek fonologi, morfologi dan sudah tentu kosa katanya. Oleh itu, dalam jadual di bawah anda akan mengetahui perbezaan dan kosa kata yang terdapat dalam bahasa Jawa. 

Perbezaan kiraan dalam dialek Jawa dari aspek kosa kata :

Dialek Jawa
Bahasa Standard/Melayu
siji
satu
loro
dua
telu
tiga
papat
empat
limo
lima
nenem
enam
pitu
tujuh
wolu
lapan
songo
sembilan
sepoloh
sepuluh
 Perbezaan kiraan dalam dialek Jawa dari aspek fonologi :

Dialek Jawa
Bahasa Standard/Melayu
siji
satu
loro
dua
t[e]lu
tiga
papat
empat
limo
lima
n[e]n[e]m
enam
pitu
tujuh
wolu
lapan
so[ Å‹ ]o
sembilan
sepoloh
sepuluh
 

Oleh itu, berdasarkan jadual di atas saya agar  berharap agar Puan Husna dan rakan-rakan dapat menambah sedikit kosa kata mengenai dialek jawa. Namun, untuk entri kali ini saya akan berkongsi tentang kosa kata yang terdapat dalam bahasa Jawa sahaja. Jika rakan-rakan mahu mengetahui tentang aspek-aspek yang lain pula, teruskanlah membaca blog saya. Wassalam :)

Friday, 23 March 2012

Situasi Lima Belas-23/03/12


Salam Jumaat buat semua rakan dan Puan Husna. Sebelum saya merehatkan diri, saya perlu menyelesaikan tugasan blog saya ini. Pada hari ini, saya ingin berkongsi tentang bahasa sindirin. Maksud bahasa sindirin seperti yang telah dikuliahkan oleh Puan Husna tempoh hari ialah perkataan atau ayat yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan dengan tepat, hanya disinggung dengan kias-kiasan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak suka hendak menyebut secara terang-terangan.

Penggunaan bahasa sindirin ini sudah menjadi kebiasaan atau ‘trend’ bagi mashasiswa/mahasisiwi di UPSI. Malah, saya juga tidak terkecuali dari menggunakan bahasa sindirin ini. Namun begitu, bahasa sindirin yang digunakan oleh kami ini adalah bergantung kepada konteks penggunaannya. Maksudnya ialah, individu kedua yang berkomunikasi dengan kami kadang-kadang merasa tersindir/tersinggung dan kadangkala tidak. Hal ini bergantung pada situasi dan dibantu oleh penegasan intonasi, mimik muka, gerak mata dan juga gerak tubuh badan. Bagi mereka (mahasiswi/mahasiswa) yang tidak biasa dengan bahasa sindirin ini, mereka akan mudah terasa atau dengan kata lainnya ‘tersentap’. Namun begitu, hal sebaliknya pula yang berlaku jika mereka yang disindir dengan menggunakan bahasa sindirin ini terdiri dalam kalangan ‘pengamal tegar’ bahasa sindirin itu sendiri. Sebagai mahasiswa/masiswi di UPSI, perluasan atau penyebaran bahasa ini semakin menjadi-jadi, bahkan sudah menjadi rutin seharian bagi kami semua. Saya juga yakin bahawa rakan-rakan blog saya bersetuju dengan pandangan saya ini. Oleh itu, melalui entri ini saya mungkin boleh memberi sedikit ilmu tambahan kepada Puan Husna tentang penggunaan bahasa sindirin ini supaya Puan Husna boleh mengenal pasti penggunaannya oleh para pelajar ketika di dalam bilik kuliah.

Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang beberapa bahasa sindirin yang dapat dikenal pasti dan direkod untuk pembacaan dan pengetahuan rakan-rakan dan juga Puan Husna.

1) “Untunglah..., Dr. bagi markah lebih..”
2) “Nak sikit nasi? Ambillah.. Saya memang beli nasi ini untuk awak makan pon..”
3) “Peh! Tajuk tugasan mudah? Haruslah.. Anak emas ‘lecture’ kot..”
4) “Tak payah nak berlakon baik sangatlah!”
5) “Saya memang suka sangat kelas malam nih!”
6) “Tiga tugasan? Apelah sangat setakat tiga, empat tugasan ini kan!”

Demikianlah sedikit perkongsian ilmu saya tentang bahasa sindirin yang berleluasa dalam kawasan Tanjung Malim ini. Selamat membaca dan selamat ‘terasa’ kawan-kawan. Buat Puan Husna, selamat datang ke dunia mahasiswa/mahasiswi UPSI! :)

Situasi Empat Belas-22/03/12

Bahasa slanga. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang topik bahasa slanga. Bahasa slanga merupakan kata-kata yang diambil daripada dialek atau bahasa kaum lain termasuk bahasa penjajah, kemudian diberi pengertian yang baru. Penggunaan dan perluasaan bahasa slanga ini telah mendominasi masyarakat kita baik dari peringkat kanak-kanak hinggalah peringkat dewasa. Penggunaan bahasa slanga ini digunakan secara meluas di pelbagai daerah, kawasan, khususnya di UPSI. Kadang-kadang, penggunaan bahasa slanga adalah lebih dominan berbanding penggunaan bahasa standard dan kadang-kadang pengaruh bahasa slanga yang kuat ini telah terserap ke dalam bahasa seharian mahasiswa di UPSI. Khususnya, ketika melakukan perbentanga akan terpacullah perkataan-perkataan bahasa slanga di bibir para mahasiswa. *saya juga merupakan salah seorang daripadanya :) * Contohnya, ketika saya sedang melakukan pembentangan, terkadang terlepas di bibir perkataan 'ce teka', 'ce jawab', dan 'pehhhh!!'.


Oleh itu, pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang perkataan-perkataan terkini yang sering diguna pakai oleh 'pengamal' bahasa Slanga. Antaranya:


Bahasa Slanga
Sinonim dalam Bahasa Standard
Contoh Penggunaan
Ape celop?
Ape cerita?
Ape celop bro?’
Poyo!
Berlagak/Sombong
Poyo lah mamat nih!’
Maman
Terlampau semangat
‘Maman seyh~’
Kerek
Berlagak
Kerek betul!’
Kekwat
Berlagak *panggilan bagi kaum dua alam*
‘Uhhh..kekwat la U nih!’
Masuk air
Gila-gila/tidak begitu betul
‘Kau kenapa?masuk air ye?’
Dowh~
Singkatan untuk ‘**doh*
‘Sakit hati dowh..’
Payung/Pau
Belanja
‘Bila nak payung/pau dia?’
Cun
Terlampau cantik
Cun betul awek tu!’
Cer citer
Cuba cerita
Ce citer sikit kenapa?!’
Lek lu..
‘Rilex dulu’
Lek lu bro..’
Apa barang..
Tiada ‘kelas’
Apa barang pergi kuliah..’
Choi!!!
Menyumpah
‘Study??choi!!!!’
Seyh/Siot
Pelengkap ayat
‘Bergaya seyh/siot!!’
Pehhhh!
Perlambangan bagi kata penguat. “terlampau”
Pehhh!kaya siot!’*Terlampau kaya siot!’






















Penggunaan bahasa Slanga semakin meluas khususnya dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UPSI. Yang nyata, penggunaan bahasa ini telah memberi impak kepada mereka khususnya ketika mereka mengadakan pembentangan di kelas. Bagi pendapat saya, sebagai seorang bakal guru bahasa Melayu saya perlu menjaga bahasa dan percakapan saya agar saya dapat menjadi contoh yang baik. Lebih-lebih lagi, saya merupakan orang Selangor yang sudah nyata menjadi 'pengamal tegar' bahasa Slanga ini.







Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog