Bahasa Vernakular
-Bahasa yang dipertuturkan oleh golongan tertentu.
Bahasa Insklusif
-Bahasa utama yang dipilih dan ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis bahasa yang telah sedia ada di dalam sesebuah negara itu.
-Contohnya bahasa rasmi.
Bahasa Eksklusif
-Bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu.
-Contohnya seperti dialek.
Bilingualisme
-Pemakaian dua bahasa oleh seseorang.
Multilingualisme
-Pemakaian dua atau lebih bahasa oleh seseorang.
Ambilingual
-Pengetahuan terhadap dua bahasa yang dapat dikuasai dengan baik.
Dwibahasa
-Pengetahuan tentang dua bahasa yang masing-masing berbeza penguasaannya.
Covert Bilingual
-Pengetahuan terhadap dua bahasa tetapi tidak melahirkan atau mengujarkan bahasa kedua baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Pengetahuannya dirahsiakan.
Pertukaran Kod (Code-switching)
-Pertukaran penggunaan bahasa seseorang iaitu dari satu bahasa ke bahasa lain.
-Contohnya dari penggunaan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.
-'Saya nak makan' menjadi 'I want to eat'.
Percampuran Kod (Code-mixing)
-Pertukaran bahasa seseorang yang dilakukan secara berganti-ganti.
-Dua atau lebih bahasa digunakan secara berganti-ganti dalam waktu yang sama.
Penganjakan Bahasa
-Pemindahan bahasa atau language shift iaitu seseorang itu meletakkan sesuatu perkataan itu dalam bahasanya sendiri.
Dwilogsia/Diglosia
-Kewujudan dua variasi bahasa dalam sesuatu bahasa mengikut situasi.
-Kedua-dua bahasa ini ada perbezaannya iaitu salah satu tinggi statusnya.
Poliglosia
-Bahasa yang wujud dalam kepelbagaian suasana seperti dialek atau laras bahasa yang kedudukannya pelbagai.
Sosiolinguistik
-Kajian tentang bahasa yang berkaitan dengan masyarakat.
Dialek
-Satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau kelas sosial.
Idiolek
-Variasi bahasa seseorang individu.
Etnografi
-Cabang antropologi yang berkaitan dengan pemerian berkaitan masyarakat.
Etnologi
-Kajian berkaitan rumpun, bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaan.
Antropologi
-Kajian saintifik tentang asal usul manusia
Mikrolinguistik
-Kajian tentang hubungan antara struktur linguistik dan struktur sosial pada paras interaksi bersemuka.
Makrolinguistik
-Kajian tentang linguistik manusia pada pecahan bidang yang lebih luas seperti bidang sosiologi, ekonomi, politik dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment