Perancangan bahasa merupakan rangkuman usaha-usaha yang dijalankan oleh pertubuhan atau jawatankuasa tertentu, yang mencakupi segala usaha yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut. Usaha yang dilakukan ini mencakupi juga usaha pembinaan, pengubahsuaian dan pembakuan terhadap sesuatu bahasa berkenaan. Selain itu, perancangan bahasa melibatkan banyak pihak kerana menyentuh pelbagai sektor seperti bahagian latihan guru, maktab perguruan, sekolah, Biro Buku Teks dan sebagainya.
Perancangan bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
- Perancangan status/taraf
- Perancangan korpus
1) Perancangan status/taraf
Perancangan status/taraf dalam bahasa Melayu melibatkan tiga pecahan atau taraf iaitu:
- Bahasa kebangsaan, sebagai lambang dan unsur penyatuan bangsa Malaysia
- Bahasa rasmi, penyedian medium untuk bahasa Melayu berkembang bagi aspek profesional seperti pentadbiran, pengurusan, undang-undang dan lain-lain.
- Bahasa pendidikan, pemupukan bahasa sebagai bahasa moden, khususnya sebagai bahasa ilmu.
2) Perancangan korpus
- Pemilihan tulisan seperti Akta Bahasa 1963 menetapkan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu.
- Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu yang dilancarkan penggunaannya oleh YAB Tun Abdul Razak pada 16 Ogos 1972.
- Sebutan Baku yang diisytiharkan penggunaannya pada 1988.
Namun begitu, terdapat juga bahagian lain yang tercakup dalam perancangan bahasa iaitu perancangan pemerolehan.
- Perancangan pemerolehan adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa, baik bahasa kebangsaan mahupun bahasa kedua atau bahasa asing. Perancangan pemerolehan ini merupakan salah satu usaha yang bertujuan untuk mempengaruhi bilangan pengguna serta pengagihan bahasa dan pengenalan huruf-huruf kepada masyarakat.
- Perancangan pemerolehan ini juga sinonim dengan penyebaran bahasa
No comments:
Post a Comment