Blogger Widgets

Thursday, 5 April 2012

Situasi Dua Puluh Empat-05/04/12

Sedang rakan-rakan saya berpusu-pusu pulang ke kampung, tinggallah saya seorang di sini, di KHAR, di UPSI, di bumi Tanjong Malim. Ya, tinggal saya seorang di sini kerana saya mengikuti perkhemahan Kelana Siswa pada hari jumaat hingga hari ahad. Ketika sedang sibuk mengemas beg, saya terfikir tentang forum MBMMBI yang diadakan di auditorium semalam. Bahasa Melayu kini tergugat dan kita sebagai bangsa Melayu serta masyarakat Melayu itu sendiri tidak menjaga dan mengamalkan bahasa Melayu. Sejujurnya, sya juga merasakan bahawa apabila kita berbicara dengan bahasa Inggeris, tahap keyakinan diri kita akan menjadi tinggi, begitu juga pandangan orang lain terhadap diri kita. Namun, hakikatnya sebahagian masyarakat yang lain pula akan mengutuk saya dari belakang dan mengatakan bahawa saya tidak mempunyai jati diri dan tidak berpendirian. Hakikatnya, saya pernah ditegur atau disindir oleh pensyarah saya, kerana berbahasa Inggeris dengannya, meskipun saya pelajar Kursus Bahasa Melayu. 

Situasi ini berlaku ketika saya sedang mengadakan temu janji dengan salah seorang pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk bertanyakan tugasan English and Communication. Ya, pensyarah tersebut merupakan seorang pensyarah Bahasa Inggeris. Sudah tentu saya akan berbahasa Inggeris ketika berjumpa dengannya kerana dalam fikiran saya, saya perlu berbahasa Inggeris ketika bercakap dengan pensyarah bahasa Inggeris dan begitu juga sebaliknya. Namun begitu, tanggapan ini salah sebenarnya. Ketika saya masuk ke bilik beliau dan bertanyakan tugasan, saya memulakan perbualan dengan menggunakan bahasa Inggeris. Kemudian, beliau langsung bertanya 'Are you Teslian?'. Saya terus menjawab, 'No, I'm not. Why Dr.?'. Pensyarah tersebut terus menjawab 'Jadi, bercakaplah dengan bahasa anda.'. Saya berasa sangat malu dan terus memulakan perbualan dengan menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu, pengajaran yang ingin saya sampaikan di sini ialah, janganlah malu untuk berbahasa Melayu dan kita haruslah mempunyai semangat jati diri yang tinggi. Sekian, setakat ini dahulu coretan saya. Selamat membaca dan bermuhasabah diri rakan-rakan. :)

*p/s: MALU!!!! 

No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog