Bidalan
Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009:121) ialah peribahasa yang terdiri daripada ungkapan-ungkapan yang ringkas lagi bijaksana dan mempunyai makna selapis. Selain itu, bidalan lebih kerap digunakan dan di dalamnya terdapat perbandingan dan teladan tertentu. Berikut merupakan contoh bidalan:
Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009:121) ialah peribahasa yang terdiri daripada ungkapan-ungkapan yang ringkas lagi bijaksana dan mempunyai makna selapis. Selain itu, bidalan lebih kerap digunakan dan di dalamnya terdapat perbandingan dan teladan tertentu. Berikut merupakan contoh bidalan:
Ikut suka,luka
Ikut hati,mati
Ikut rasa,binasa
Bawa resmi padi
Makin berisi, makin tunduk
Jangan bawa resmi jagung
Makin berisi makin jegang
(Alwi Salim, 1983:20)
Pepatah
Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in
Shaari (2009:133) juga, pepatah merupakan salah satu daripada jenis peribahasa.
Pepatah dilihat seakan-akan sama dengan bidalan tetapi mempunyai rangkaian
kata-kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah, tetapi mengandungi unsur
pengajaran. Pepatah juga dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku
dalam kehidupan. Contoh pepatah adalah seperti berikut:
- · Harapkan hidangan sampai ke
lutut
Maksud:Orang tidak mahu berusaha tetapi mengharapkan
kesenangan datang kepadanya.
- · Karam berdua basah seorang
Maksud:Dua orang yang melakukan kesalahan, tetapi seorang
sahaja yang kena hukum
- · Masuk tiga keluar empat
Maksud:Orang yang boros berbelanja sehingga melebihi
pendapatannya.
Perbilangan
Perbilangan dapat juga dikenali dengan nama teromba.
Perbilangan merupakan bahasa kiasan yang perlu ditafsir secara
bersungguh-gungguh untuk mengetahui tujuan dan maksudnya. Perbilangan atau
teromba ini merupakan ikatan puisi yang menyatakan tentang adat lembaga bagi
masyarakat yang mengamalkan Adat Pepatih. Perilangan ini diperturunkan dari
mulut ke mulu, dari satu generasi ke satu generasi melalui ketua-ketua adat
lembaga yang disebut ‘Buapak’. Berikut merupakan contoh bagi perbilangan atau
teromba (Alwi Salim, 1983:92-93):
Adat bersendi hukum
hukum bersendi Kitabullah
kuat adat, tak gaduhkan hukum
kuat hukum, tak gaduhkan adat
ikut hukum, muafakat
ikut adat, muafakat.
Gurindam
Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama. Gurindam
dikatakan berasal dari perkataan India dan dibaca dengan lagu tersendiri, dan
berbeza jika dibandingkan dengan lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai
kata-kata nasihat dan kebiasaannya mempunyai rima akhir yang sama (http://resam-melayu.com/2010/07/gurindam-melayu.html). Menurut Drs. A. Bakar Hamid dalam Diskusi Sastera Jilid 1 menyatakan gurindam adalah satu
lagi jenis puisi lama yang mengandungi unsur-unsur pengaruh Hindu. Ia mempunyai
dua baris, berskima puisi aa, dan keistimewaannya ialah isinya berupa nasihat
atau petua. Antara
gurindam yang mahsyur ialah ‘Gurindam 12 Raja Ali Haji’, seperti petikan
di bawah:
apabila dengki sudah bertanah
datang daripadanya beberapa anak panah
mengumpat dan memuji hendaklah pikir
di situlah banyak orang yang tergelincir
pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala
jika sedikit pun berbuat bohong
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
tanda orang yang amat celaka
aib dirinya tiada ia sangka
Mengikut Za’ba dalam Pelita
Bahasa Melayu, Penggal III (1962:193-4), gurindam mempunya ipelbagai jenis
dan gurindam melarat merupakan salah satu jenisnya yang sama dengan karangan
prosa iaitu membicarakan suatu gambaran kias, ibarat, gurau-senda dan
sebagainya.
Seloka
Menurut Prof. Mohd Taib Osman, berpendapat bahawa
gurindam dan seloka itu tidak jauh bezanya dengan puisi lisan. Seloka mempunyai
bahasa yang kerap-kali meleret, lanjut, sindirannya giat, selalu tajam, seperti
mengejek atau menempelak. Isinya juga boleh mengandungi perasaan hiba, rawan,
sedih, sayu, asyik-mengasyik, berahi-khayal, mimpi atau berangan-angan. Selain
itu, seloka sama juga seperti gurindam iaitu merupakan salah satu jenis puisi
yang dicontohi oleh orang Melayu, khususnya selepas kedatangan Hindu di Tanah
Melayu (Alwi Salim, 1983:50-51). Contoh seloka adalah seperti berikut:
Oh! Dari mana si cantik manis,
Si pinggang ramping,
Lagak berkacak,
Apa cita dengan hajat,
Ada kehendak yang boleh dapat?
Tahan racik di seberang sana,
Elak burung di seberang sini,
Perut buncit hendak mana?
Tersorong-sorong ke arah kami.
Peribahasa
Menurut Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba dalam Ilmu Mengarang Melayu (1934), peribahasa dikatakan sebagai
segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai
semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar
tujuannya. Selain itu, menurut sumber lain pula peribahasa merupakan susunan
kata yang indah dan memberikan makna yang luas dan mendalam (http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klik4ogos5.pdf). Hakikatnya,
peribahasa merupakan lambang watak dan sifat sesuatu bangsa. Selain itu, peribahasa yang lahir juga
akan membantu masyarakat memahami keadaan semula jadi serta perwatakan sesuatu
bangsa itu.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009:110-111) ada
mengulas tentang peribahasa-peribahasa yang wujud dalam masyarakat Melayu.
Contohnya seperti berikut:
· Kain gaharu kain cendana, sudah tahu
bertanya pula.
· Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
· Sudah jatuh, ditimpa tangga.
· Siapa makan cabai, dialah yang merasa
pedasnya.
· Air yang tenang jangan disangka tiada
buaya.
· Lembu punya susu sapi dapat nama.
Simpulan bahasa
Simpulan Bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada
dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tersirat. Apabila sesuatu perkataan di
dalam ungkapan tersebut dipisahkan, ia menjadi perkataan tersendiri dan hanya
membawa makna asalnya. Sebaliknya apabila perkataan tersebut dirangkaikan
dengan perkataan lain, maka maknanya akan berubah daripada makna perkataan
asalnya tadi. Namun begitu, terdapat sebilangan tokoh bahasa yang memasukkan
simpulan bahasa sebagai salah satu jenis peribahasa, namun Za’ba mengasingkan
simpulan bahasa daripada peribahasa. Contoh simpulan bahasa adalah
seperti dalam laman sesawang ini (http://bahasamelayutuisyen.wordpress.com/category/simpulan-bahasa/).
Perumpamaan
Perumpamaan merupakan kata-kata yang menggunakan
perkataan umpama, bagai atau seperti untuk membandingkan sesuatu dengan benda
yang lain seperti contoh berikut:
Seperti pinang dibelah dua
Seperti kaca jatuh ke lantai
Bagai cincin dengan permata
Bagai isi dengan kuku
Namun begitu, terdapat juga perumpamaan yang tidak
menggunakan kata bandingan bagai atau seperti di permulaannya tetapi masih juga
disebut sebagai perumpamaan. Contohnya:
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurah jangan
Besar kayu, besar dalam, besar periuk, besar keraknya
Bagai rumput di tengah jalan, mati tak mahu, hidup segan
Macam timun dengan durian, menggolek luka kena golek pun
luka.
(Alwi Salim, 1983: 20-21)
Kata-kata pujangga
Kata-kata pujangga merupakan himpunan perkataan atau
bait-bait kata indah yang dapat memberi motivasi kepada seseorang individu itu.
Selain itu, kata-kata pujangga ini dapat juga dikenali dengan kata-kata hikmah,
kata-kata mutiara dan sebagainya. Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata
mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa. Berikut
merupakan contoh kata-kata pujangga yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh terkenal:
'Apabila anda benar, anda tak perlu marah. Apabila anda
salah, anda tak boleh marah.'
Mahatma Gandhi
'Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar
pendapat dan bertukar pengalaman.
Rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan
pandai mendengar.'
Pythatoras
'Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri
yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.'
Saidina Ali Abi Talib r.a
'Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.'
Charles Cahier
'Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu
daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan
diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan
diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan
orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta
itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.'
Saidina Abu Bakar r.a
Selain itu, untuk rujukan tambahan rakan-rakan boleh
melawat laman sesawang ini http://ibnismail.wordpress.com/kata-pujangga/
Hadis melayu
Roslan Mohamed mendifinisikan hadis Melayu sebagai
al-Sunah. Al-Sunah dari segi bahasa bermaksud perjalanan, amalan, metod atau
cara hidup. Ia juga bermaksud membuka atau merintis jalan sama ada yang baik
atau yang buruk. Al-Sunah dari segi istilah ahli-ahli hadis ialah apa-apa yang
terbit daripada Nabi Muhamad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, pengakuan,
sifat, kejadian, akhlak dan sejarah sama ada sebelum diutuskan menjadi Rasul
atau selepas diutuskan menjadi Rasul (Utusan Malaysia, 27 Jun 2006 ).
Oleh itu, sebagai seorang hamba Allah, tidak salahlah
kiranya jika kita mengamalkan hadis-hadis yang sangat berguna kepada kita.
Sebagai seorang perlajar, eloklah kiranya jika kita mengamalkan hadis berikut:
Hadis menghafal ilmu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ إِنَّ النَّاسَ يَقُولُونَ
أَكْثَرَ أَبُو هُرَيْرَةَ
وَلَوْلَا آيَتَانِ فِي كِتَابِ اللَّهِ مَا حَدَّثْتُ
حَدِيثًا
ثُمَّ يَتْلُو إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا
أَنْزَلْنَا مِنْ الْبَيِّنَاتِ
وَالْهُدَى إِلَى قَوْلِهِ الرَّحِيمُ إِنَّ إِخْوَانَنَا
مِنْ الْمُهَاجِرِينَ
كَانَ يَشْغَلُهُمْ الصَّفْقُ بِالْأَسْوَاقِ
وَإِنَّ إِخْوَانَنَا مِنْ الْأَنْصَارِ كَانَ يَشْغَلُهُمْ
الْعَمَلُ فِي أَمْوَالِهِمْ
وَإِنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ كَانَ يَلْزَمُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِشِبَعِ بَطْنِهِ وَيَحْضُرُ مَا لَا يَحْضُرُونَ
وَيَحْفَظُ مَا لَا يَحْفَظُونَ
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Sesungguhnya
orang-orang yang sama
berkata bahawa Abu Hurairah telah memperbanyak meriwayat
hadith.
Tetapi andaikata tidak ada dua ayat dalam kitabullah
yakni Al-Quran,
tentu sebuah hadith pun tidak akan saya beritahukan.
Selanjutnya Abu Hurairah membacakan ayat yang ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyimpan apa-apa
yang kami
turunkan dari berbagai keterangan sampai pada firman-Nya,
Maha Penyayang
Sesungghnya saudara-saudara kita dari golongan kaum
Muhajirin sama
disibukkan oleh jual belinya di pasar dan saudara-saudara
kita dari
golongan Ansar juga disibukkan oleh pekerjaan mereka dalam
mengerusi harta benda mereka, tetapi Abu Hurairah itu
sentiasa menepati yakni terus mengikuti Rasulullah
s.a.w.
dengan perutnya yang kenyang dan selalu hadir ditempat
yang
tidak dihadiri oleh sahabat lain-lain serta dapat
menghafal
apa-apa yang mereka tidak sempat menghafalnya"
-Hadis sahih riwayat Bukhari-
No comments:
Post a Comment