Bahasa insklusif dapat dipecahkan kepada eman jenis iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Lingua Franca, Bahasa Pijin, Bahasa Kreol dan Bahasa Koine. Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa yang perlu dikuasai oleh kita, rakyat Malaysia. Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa asal bagi orang Melayu. Bahasa Kebangsaan sinonim dengan bahasa Melayu yang dipertutur oleh rakyat Malaysia. Bahasa kebangsaan ini adalah sebagai lambang perpaduan bagi masyarakat Malaysia di samping sebagai ukuran untuk menunjukkan identiti atau jati diri masyarakat Malaysia.
Bahasa Kebangsaan diwujudkan untuk memenuhi pelbagai fungsi. Antara fungsi bahasa Kebangsaan ialah:
- Bahasa rasmi- Bahasa Kebangsaan digunakan dalam majlis-majlis rasmi contohnya semasa mesyuarat dan juga dalam urusan-urusan penting
- Bahasa pentadbiran- Bagi urusan yang berkaitan dengan negara, bahasa kebangsaan wajib digunakan
- Bahasa pengantar utama-Bahasa kebangsaan wajib digunakan di sekolah, universiti dan di mana-mana institusi pengajian
- Media massa- Bahasa kebangsaan juga berfungsi sebagai bahasa penghantar maklumat, baik dalam media cetak mahupun media elektronik
- Pusat Pengajian Tinggi- Sebagai bahasa penghantar di universiti dan sekolah di seluruh Malaysia
- Upacara Konvokesyen-Bahasa penghantar ketika majlis istiadat konvokesyen di semua universiti
- Parlimen-Bahasa kebangsan berfungsi sebagai bahasa penghantar ketika di Parlimen. Tetapi, kebanyakan perbincangan digunakan dalam bahasa Inggeris, iaitu bagi kes yang memerlukan saksi dari luar negara.
No comments:
Post a Comment