Pada hari ini saya akan bergerak ke tapak perkhemahan Taman Rimba Komanwel di Rawang untuk membantu rakan-rakan saya dalam mengendalikan perkhemahan Kelana Siswa. Namun sebelum itu, saya telah pergi ke tapak kem terlebih dahulu untuk membayar sewa tapak kepada jabatan perhutanan. Saya bertolak ke jabatan perhutanan pada pukul 10 pagi, waktu tempatan. :) Setelah tiba di jabatan perhutanan, saya dan rakan terpaksa berkejar pulang kerana kami perlu menghadiri kelas pada jam 3 petang. Oleh sebab itu,kami pulang ke Tanjong Malim dengan tergesa-gesa, melalui lebuhraya.
Ketika sedang leka berbahasa basi di dalam kereta, tanpa kami sedari kami telah didatangi oleh seorang lelaki yang berumur dan berbangsa Cina. Kelibatnya di tepi tingkap saya membuatkan saya terkejut dan tersentak . Tambahan lagi, saat itu saya berada di dalam kereta, di tengah-tengah lebuhraya dan kereta kami sedang bergerak. Ya! Sedang dan masih bergerak. Saya begitu terkejut. Tetapi, lelaki Cina tersebut masih mengetuk-ngetuk cermin tingkap kereta saya sambil menjerit dan menyuarakan sesuatu. Oleh kerana takut, saya tidak membuka tingkap dan menyuruh kawan saya memecut kereta dengan laju.
Namun begitu, apabila saya menoleh ke belakang setelah memecut sejauh 50 meter, saya dapati bahawa lelaki Cina tersebut bukanlah orang gila atau orang yang berbahaya. Hakikatnya, lelaki tersebut hanya ingin bertanya tentang jalan untuk ke Ipoh. Saya begitu menyesal dan malu. Malu kepada diri sendiri dan malu kepada rakan saya. Beginilah sikap segelintir orang Melayu yang hanya terpengaruh dengan aspek fizikal atau nyata tanpa usul periksa. Kelakuan saya pada hari ini sangatlah memalukan dan sungguh tidak sopan. Jika masa dapat diputar, saya ingin memohon maaf kepada lelaki Cina atau pak cik tersebut kerana tidak berkelakuan sopan kepadanya. Terkadang saya malu untuk memegang peribahasa 'bahasa budaya bangsa' kerana peibahasa ini seakan TIDAK SESUAI untuk saya. Saya berharap pada masa akan datang, saya akan lebih bersopan dan memeriksa terlebih dahulu sebelum bertindak. Tambahan lagi, sebagai menyokong usaha Perdana Menteri tentang konsep '1 Malaysia', saya sepatutnya lebih MESRA, RAMAH dan SANTUN dalam berkomunikasi.
*p/s: Maafkan saya 'UNCLE' (T_T)
No comments:
Post a Comment