Blogger Widgets

Wednesday, 18 April 2012

Situasi Dua Puluh Lapan-18/04/12


Selamat petang semua. Saya baru sahaja pulang dari menghadiri kelas Sosiolinguistik Melayu. Seperti yang kita tahu, pada pagi tadi telah diadakan pembentangan drama yang telah dirakam oleh setiap kumpulan. Namun begitu, pada entri kali ini saya bukannya ingin berkongsi tentang aspek persembahan drama yang telah saya tonton di dalam kelas tadi. Tetapi, saya ingin berkongsi tentang bahasa sindirin yang saya alami ketika Forum MBMMBI. Isu atau situasi ini timbul apabila Puan Husna menyentuh tentang kehadiran kami pada hari forum itu berlangsung. Maka, dengan secara tidak langsung saya teringat tentang satu situasi yang berlaku pada hari tersebut.

Pada hari berlangsungnya Forum MBMMBI tersebut, saya merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa yang terlibat. Saya merupakan AJK Protokol. Oleh sebab itu, sejak awal pagi lagi saya sudah berada di auditorium untuk membuat persiapan forum tersebut seperti kedudukan kerusi VIP, alas meja, dulang, hadiah, gelas dan air mineral untuk VIP dan sebagainya. Segala persiapan perlu dilakukan pada awal pagi dan saya, sebagai AJK Protokol perlu berada di dalam auditorium, sepanjang upacara perasmian dan forum itu berlangsung. Maka, saya berasa sangat lapar kerana tidak menjamah sebarang makanan sejak awal pagi. Saya dan rakan-rakan yang lain perlu menunggu di dalam auditorium kerana para tetamu sedang menjamu sarapan pagi di bilik makanan. 


Sesudah selesai majlis perasmian, saya dan rakan yang lain berpusu-pusu ke bilik makanan VIP. Hajat kami hanyalah untuk menjamah seketul kuih dan meminum secawan air SAHAJA. (Hajat kami pada awalnya). Namun, hampir 10 minit saya dan rakan-rakan berada di dalam bilik makanan tersebut. Tiba-tiba, kami didatangi oleh seorang pensyarah. Encik Khairul Azam. Ya! Encik Khairul Azam. Kami berasa terkejut tetapi berlagak biasa, bagai tiada apa. Tiba-tiba, Encik Khairul Azam masuk dan bersuara:


Encik Khairul Azam : (Sambil menjeling ke seluruh penjuru bilik) "Boleh saya masuk?"
KAMI : (Terkedu tetapi masih BIASA) "Boleh encik. Sila. sila."
Encik Khairul Azam : (Mencapai kerusi lantas duduk) "Saya nak minum air secawan je. Boleh?"
KAMI : (Menjawab dengan bersungguh-sungguh) "Boleh. boleh, Encik."
Encik Kharul Azam: (Memandang kami, sambil minum) "Ramainya kat sini. Patutlah dalam audi KOSONG..."
KAMI : "erk" (Masing-masing bangun dari kerusi dan bergerak untuk keluar)
Encik Khairul Azam : "Eh, kamu nak ke mana? Saya cakap je. Saya tak marah pun. Duduklah."
KAMI : (Senyum kerana kami FAHAM) "Tak apa encik. Kami keluar dulu."




Saya berasa sangat malu dan terkadang lucu apabila memikirkan situasi ini. Namun, inilah hakikat yang berlaku dalam sesebuah majlis terutamanya majlis di UPSI. Perkara utama yang menjadi masalah ialah kehadiran para pelajar UPSI dalam sesebuah program. Oleh sebab itulah, kamilah di barisan AJK yang perlu hadir bagi memeriahkan dan meramaikan sesebuah program tersebut.

*p/s : Masih berasa malu. Sampaikan salam saya kepada En. Khairul Azam ya, Puan Husna. Maaf. :)


*Secebis kenangan bakal-bakal guru bahasa. Amin*




No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog