Blogger Widgets

Monday, 9 April 2012

Situasi Dua Puluh Enam-16/04/12

Ketika sedang melakar bicara di blog ini, saya sedang menikmati cuti pertengahan semester di rumah. Saya tidak dapat menunggu untuk berkongsikan satu cerita kepada rakan-rakan dan juga Puan Husna. Begini kisahnya, ketika saya sedang menghadiri Perkhemahan Kelana Siswa di Taman Rimba Komanwel, Rawang, kami didatangai atau dikunjungi oleh Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia. Kedatangann secara mengejut menyebabkan kami, para urusetia perlu membuat persiapan degan kadar yang segera. Setelah segala persiapan telah dilakukan, maka kami pun mempersilakan Tuan Haji Shukor bin Mohsin untuk datang ke dewan serbaguna untuk memberikan sedikit ucapan dan amanat. Oleh itu, para peserta berkumpul di dalam dewan dan kami para urusetia berbaris di hadapan dewan untuk menyambut kedatangan beliau. Ketika, ucapan sambutan dibacakan, saya begitu terkejut dan hanya mampu terdiam. Hal ini demikian kerana, pengacara majlis memanggil Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin dengan panggilan Ynag Berhormat sedangkan beliau bukanlah seorang ahli parlimen atau wakil rakyat.

Setelah itu, tibalah masa untuk beliau menyampaikan ucapan dan saya sudah menjangkan bahawa beliau akan menegur tentang gelarannya ini. Seperi yang saya jangka, beliau menegur pengerusi majlis secara halus, dengan berkata 'Saya bukan Yang Berhormat. Saya belum bertanding lagi. Tunggu pilihan raya ke-13 nanti ye.'. Pengerusi majlis tersipu malu dan kami di barisan urusetia turut merasa tempiasnnya. Ketika itu juga saya teringat akan peristiwa yang berlaku ketika malam pementasan drama Pasir-pasir di Pasir Salak pada awal semester ini. Secara tidak langsung, saya sedar akan kepentingan mengetahui gelaran-gelaran ini supaya tidak berlaku kesalahan yang sedemikian rupa. Saya berasa beruntung kerana mempelajari tentang gelaran dan panggilan ini di dalam kursus Sosiolinguistik Melayu oleh Puan Husna. :)

No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog