Pada entri kali ini, syaa ingin berkongsi tentang bahasa SMS dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya, pada masa kini. Hal ini demikian kerana, dalam kelas sebelum ini Puan Husna ada menyentuh tentang aspek kesantunan bahasa dalam bahasa SMS. Bahasa SMS merupakan salah satu faktor berlakunya kerencaman bahasa, bahasa pencampuran kod, bahasa slanga dan sebagainya. Selain itu, melalui SMS juga, masayarakat tidak dapat mengenal pasti gaya dan intonasi yag diujarkan oleh si pemberi. Maknanya, akan berlakulah beberapa percanggahan pendapat, maklumat dan salah faham antara si penerima dan si pemberi SMS.
Selain itu, aspek kesantunan bahasa juga berada pada tahap yang minimum dalam perhubungan SMS. Hal ini demikian kerana, segala bahasa yang terdapat dalam SMS sukar dikenal pasti kesantunannya. Bahasa dalam konteks SMS adalah sangat bahaya kerana kita tidak dapat mengesan nada, intonasi si penerima, yang menyebabkan kita tidak dapat mengetahui niat si pemberi. Sebagai contohnya, jika seseorang tersebut ingin meminta pertolongan, bahasa SMS dapat menyebabkan niat seseorang penerima itu disalahtafsirkan.
"Tolong datang ke bilik saya pukul 9 malam esok untuk ambil senarai nama"
Bahasa SMS seperti berikut merupakan bahasa biasa yang berbentuk permintaan jika diucapkan secara lisan. Namun begitu, ujaran ini akan disalah tafsir jika dibaca dalam konteks SMS. Hal ini demikian kerana, meskipun terdapat frasa 'tolong' sebagai ayat permintaan, namun tanpa mendengar nada dan intonasi, ayat ini akan ditafsir sebagai satu bentuk arahan dalam konteks SMS. Oleh yang demikian, bahasa SMS meruapakan cara berkomunikasi yang sangat bahaya.
*p/s: Maka, untuk penambahbaikan, janganlah menghantar SMS, sebaliknya, hubungi terus. :)
No comments:
Post a Comment