Blogger Widgets

Tuesday, 24 April 2012

Situasi Tiga Puluh Dua-24/04/12

Pada entri kali ni, saya ingin berkongsi tentang salah satu rumus yang telah diperkenalkan oleh Ervin-Tripp iaitu rumus kejadian bersama. Seperti yang telah diterangkan dalam entri saya yang sebelum ini, rumus kejadian bersama ini merupakan suatu rujukan kehormat yang disesuaikan dengan kedudukan orang yang disapa. Kata sapaan perlu dimulakan dengan rujukan kehormat dan barulah disusuli dengan namanya sendiri. Contohnya, Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Zakarian b. Kasa.

Terlanjur berbicara tentang rumus kejadian bersama ini,jadi saya ingin mengulas sedikit tentang pengaruh rumus Ervin-Tripp ini dalam kehidupan sosialisasi/bermasyarakat pada masa kini. Bagi saya, rumus kejadian bersama ini semakin mendominasi persekitaran di Malaysia. Jika diambil dari contoh yang dekat, sudah tentulah UPSI menjadi subjeknya. Baik majlis rasmi mahupun tidak rasmi, rumus kejadian bersama ini bagaikan sukar untuk ditinggalkan. Maksud saya, memang tidak dapat dinafikan bahawa rujukan kehormat diperlukan untuk majlis-majlis formal. Namun, rujukan kehormat ini turut diguna pakai dalam majlis yang tidak formal. Bahkan, untuk berbual secara tidak formal juga, rujukan kehormat ini digunakan meskipun sesama rakan sepangkat dan mempunyai taraf rujukan kehormat yang sama. Contohnya, Yang Berbahagia Dr. Abu bin Bakar dengan Yang Berbahagia Dr. Siti bin Ishak. 

Hakikatnya, masyarakat di Malaysia memandang rujukan kehormat ini sebagai sesuatu yang penting dan perlu diutamakan. Bahkan, terdapat sebilangan individu yang sanggup memberi denda atau memarahi individu yang lain jika namanya tidak disebut atau disertakan dengan rujukan kehormatnya itu. Sekian, sedikit luahan hati dari pelajar UPSI yang kecil ini. 


No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog