Blogger Widgets

Friday, 20 April 2012

Situasi Tiga Puluh-20/04/12



Assalamualaikum semua... Seakan sudah habis idea untuk menyiapkan blog ini. Tetapi, tidak mengapa kerana idea itu boleh dicari. Ini semua pengalaman (Maaf kerana bermuhasabah diri sebentar di papan blog ini. :) ). Pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang bahasa pergaulan dalam hidup bermasyarakat. Maka, saya telah skopkan perkongsian saya pada hari ini kepada kehidupan bermasyarakat sesama rakan iaitu di UPSI. Bahasa pergaulan yang ingin saya kongsikan di sini adalah tentang ayat arahan, perintah, suruhan, silaan dan juga ayat untuk meminta pertolongan. Mungkin entri kali ini menjadi wadah luahan tentang apa yang sedang saya alami sekarang. (opsss!)

Jika seseorang itu ingin meminta pertolongan, mahupun memberi arahan atau menggunakan ayat silaan, seseorang itu perlu mengetahui terlebih dahulu perbezaan di antara ketiga-tiga aspek ini. Hal ini demikian kerana, mesipun ketiga-tiga jenis ayat ini tercakup dalam kelompok yang sama iaitu ayat perintah, namun terdapat penggunaan yang khusus bagi ketiga-tiga aspek tersebut. Sebagai contohnya, (Ahmad Khair Mohd Nor, 2009: 147) menyatakan bahawa ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Ayat perintah terbahagi kepada empat jenis iaitu, ayat suruhan, ayat permintaan, ayat larangan, dan ayat silaan. 

AYAT PERINTAH

a.Ayat Suruhan
 Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.

b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh:           Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.
                                                               (Tatabahasa Dewan, 2004: 431)

c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
Contoh:           Jangan minum air itu.
Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.
                                                             (Tatabahasa Dewan, 2004: 430)

d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
Contoh:           Sila bawa sejadah bila ke surau.
Jemputlah menikmati
                                                              (Tatabahasa Dewan, 2004: 430)

Oleh yang demikian, berdasarkan sedikit maklumat yang telah saya kongsikan seperti di atas, kita dapat ketahui perbezaan di antara keempat-empat jenis ayat perintah. Maka, secara tidak langsung kita dapat mengetahui niat atau memahami maksud yang disampaikan oleh seseorang kepada kita. Sebagai contohnya, sebagai seorang ketua, yang akan mengemudi 'kapal' dan anak-anak kapalnya, aspek berbahasa sebegini perlu dititikberatkan. Hal ini bagi mengelakkan kekeliruan, dan kepincangan dalam penerimaan arahan dan yang paling penting ialah ayat perintah ini akan dan PASTI mendinginkan 'suasana' jika ayat sebegini disalahgunakan. Idea yang cuba saya sampaikan ialah, ayat perintah sesama rakan khususnya mahasiswa UPSI ini dapat mengeruhkan suasana. Ayat permintaan yang sepatutnya dihiasi dengan kata 'tolong dan minta' berubah serta-merta menjadi ayat suruhan. Tamabahan lagi, perbualan ini merupakan perbualan sesama rakan, yang tiada perbezaan dari aspek pangkat (gelaran akademik atau ikhtisas) dan sebagainya. Secara tidak langsung, individu yang menerima arahan tersebut akan berasa berat untuk memenuhi permintaan pihak yang pertama. Sebagai contoh:

'Saya nak Siti jadi ketua untuk rombongan ini dan cari saya untuk ambil tentatif program'
'Kepada Ahmad, saya nak kamu jumpa Dr. dan tunjuk senarai nama ini'

Berdasarkan ayat dia atas, bukankah lebih manis dan elok jika diselitkan dengan kata permintaan 'sila, tolong dan minta'?. Pengguguran kata-kata ini dalam ayat tersebut telah menyebabkan ayat ini menjadi ayat suruhan. Secara tidak langsung, hubungan sesama rakan akan menjadi dingin. Namun begitu, inilah yang dikatakan tentang bidang 'sosiolinguistik bahasa Melayu'. Saya dapat mempelajari penggunaan konteks-konteks tertentu dalam ayat dan dalam masa yang sama saya dapat memahami warna-warni bahasa dalam sesebuah pergaulan. Sekian, mohon permisi.

*p/s: Budi bahasa budaya kita. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog