Blogger Widgets

Thursday, 26 April 2012

Situasi Tiga Puluh Tiga-25/04/12


Rumus Perurutan

Rumus perurutan merupakan rumus dalam bentuk sapaan yang dimulakan dengan rujukan kehormat seseorang individu itu terlebih dahulu. Kemudian, barulah disusuli dengan gelarannya dan kemudian nama peribadinya. Sebagai contoh, Yang Berbahagia Dr. Puteri Norakmal Farahin binti Megat Pauzi. (AMIN!). Maka, sebagai menghormati pangkat dan gelaran seseorang individu itu, kita perlulah mengesahkan kewujudan dan tarafnya dengan menyebut namanya beserta dengan gelaran dan pangkatnya. 

Berikut merupakan senarai ringkas tentang rujukan kehormat beserta huraiannya. Moga maklumat ini dapat membantu rakan sekalian dan diri saya sendiri. Hal ini demikian kerana, rujukan-rujukan ini sangat berguna kepada kita, khususnya sebagai bakal guru bahasa yang akan mengendalikan pelbagai majlis formal di sekolah mahupun di luar sekolah. 

Rujukan kehormat
Huraian
Yang Amat Arif
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Berhormat

 Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
(Panggilan ini tidak digunakan dalam Dewan Rakyat/Dewan Negara kepada Ketua Menteri atau Menteri Besar yang juga adalah Ahli Parlimen.
Yang Amat Berbahagia
Tun dan Toh Puan.
Yang Amat Mulia
Undang (luak di Negeri Sembilan).
Yang Arif
Hakim (pada situasi yang formal seperti di mahkamah dan sebagainya).
Yang Berbahagia

Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato', Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat).
Yang Berhormat

Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Mulia

Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang berketurunan raja.
Yang Maha Mulia

Sultan atau raja yang memerintah (biasanya "Duli Yang Maha Mulia");
Yang Mulia

Mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu.
Yang Teramat Mulia

Keluarga diraja yang terdekat.


No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog