Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan Hari Keputeraan Sultan Perak. Maka, kami (pelajar UPSI) diberi cuti khas. Alhamdulillah, dapatlah saya menyiapkan tugasan blog yang masih berbaki. Maka, dalam entri kali ini saya ingin mengulas tentang Bahasa Istana. Seperti yang saya sedia tahu, bahasa istana merupakan bahasa perhubungan dalam kalangan kerabat diraja dan rakyat jelata. Golongan istana mempunyai perbezaan yang ketara dengan golongan biasa iaitu golongan rakyat baik dari aspek bahasa, sosial, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, golongan atau kerabat istana merupakan golongan yang mempunyai tata tingkat yang tertinggi dalam hierarki sosial di Malaysia.
Bahkan, menurut Asmah Haji Omar (2004:1), bahasa diraja merupakan bahasa yang digunakan dalam perhubungan kebahasaan di mana sekurang-kurangnya salah satu pihak terdiri daripada golongan diraja. Perhubungan bahasa diraja juga mempunyai dua bahagian atau aspek iaitu konteks rasmi dan juga tidak rasmi. Sebagai makluman, konteks rasmi ialah penggunaan bahasa istana dalam urusan rasmi. Sementara itu, penggunaan tidak rasmi pula ialah kegiatan kebahasaan antara keluarga diraja dengan rakyat jelata ketika kegiatan sosial dan kekeluargaan. Selain itu, perbezaan antara bahasa istana dengan bahasa bukan istana ditandai oleh beberapa faktor iaitu sebutan, kata ganti nama diri, ungkapan, kosa kata dan tatabahasa. Contohnya seperti berikut:
Bahasa Istana Bahasa Biasa
Almarhum Allahyarham
ampun kurnia maaf
anugerah beri; hadiah
baginda dia (raja
menyapa rakyat)
beradu tidur
berangkat berlepas;
bertolak
bercemar duli berjalan; pergi
ke
berkenan sudi; suka
akan
berputera beranak;
bersalin
bersiram mandi
beta saya (raja)
gering sakit
hari keputeraan hari
jadi
iram-iram payung
kaus kasut
kurnia beri; hadiah
mahkota topi
makam kubur
mangkat mati;
meninggal dunia
menghadap menjumpai
murka marah
patik saya (rakyat menghadap
raja)
peraduan tempat tidur
permaisuri isteri
putera anak lelaki
puteri anak perempuan
santap makan
semayam duduk; tinggal
sembah memberi
salam
singgahsana kerusi
titah kata; perintah
Oleh yang demikian, sebagai rakyat khususnya kita seharusnya mengetahui dan mempelajari selok belok bahasa istana supaya warisan ini terpelihara dan akan membantu kita pada masa hadapan. Daulat Tuanku.


No comments:
Post a Comment