Salam Jumaat buat semua rakan. Saya baru sahaja selesai dari menghadiri kelas subjek major Bahasa Melayu. Sesudah usai kelas ini, saya terdetik ingin mengulas tentang satu tajuk iaitu 'setia bahasa'. Sepanjang kelas tersebut berlangsung, saya dapati terdapat sebilangan anggotanya mengamalkan bahasa Melayu atau standard. Namun, komunikasi yang berlangsung antara kedua-dua pihak lebih menjurus kepada dialek masing-masing. Tetapi, tidak mengapa jika perkara ini berlaku kerana bahasa dialek masih tergolong dalam bahasa Melayu dan menjadi bahasa utama bagi mereka yang berasal dari negeri yang mempunyai dialek. Namun, bagi mereka atau pelajar yang tidak tahu-menahu tentang sesetengah dialek itu, maka rugilah kami kerana tidak dapat memahami isi perbualan mereka. Oleh itu, saya terpanggil untuk mengulas mengenai tajuk 'setia bahasa', tetapi tidak bermakna ulasan saya ini ditujukan kepada pelajar di kelas tersebut cuma saya terdetik untuk mengulas tentang isu ini.
"Jika kita setia terhadap bahasa, timbullah rasa cinta terhadap bahasa. Maknanya, kita akan memelihara kedudukan bahasa berkenaan supaya tidak tersisih dari kehidupan masyarakatnya"
(Asmah Haji Omar, 2002:4)
Bagi pandangan saya, sikap setia bahasa satu unsur yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia. Jika kita sebagai penutur natifnya sendiri tidak mahu mengamal, menjaga dan memeliharanya, maka siapa pula yang akan memikul tanggungjawab ini? Bukanlah satu bebanan yang besar untuk memelihara bahasa Melayu ini. Cukup dengan hanya menggunakannya dengan cara yang betul dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan menggunakan bahasa kita ini.
Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan, sekolah, IPTA, IPTS dan sebagainya dalam mengangkat bahasa Melayu di mata dunia dan 'masyarakatnya', namun kesemua usaha ini tidak akan mendatangkan kesan jika tiada sokongan dan amalan kita sendiri iatu sebagai pengamalnya. Bahkan, media massa dan elektronik seperti televisyen serta radio kerap berkempen untuk memupuk semangat setia bahasa ini dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, kita harus menghargai bahasa Melayu sebelum ia hilang ditelan arus permodenan.
*sedikit bingkisan buat pembaca*

No comments:
Post a Comment