Blogger Widgets

Thursday, 8 March 2012

Situasi Enam-12/03/12

Salam semua.. Pada entri sebelum ini, saya ada berkongsi tentang dialek yang digunakan secara dominan oleh warga UPSI. Secara kebetulan, terdapat kejadian lucu yang berlaku di klinik kesihatan UPSI pada pagi ini. Ketika saya sedang menerima rawatan, saya terdengar kekecohan di meja pendaftaran. Seorang mahasiswi telah disengat oleh sekawan 'tebuan' ketika berada di padang. Maka, dengan segeranya dia dibawa ke unit kecemasan kerana seperti yang kita maklum, bisa seekor tebuan itu mampu meragut nyawa mangsanya. Tanpa berkata sepatah pun, pelajar tersebut menurut sahaja arahan dari salah seorang jururawat di situ. Namun, yang hairannya pelajar perempuan tersebut langsung tidak menangis atau menunjukkan reaksi sakit. Lalu, saya terus mendekatinya dan bertanya tentang tebuan yang telah menyengatnya.

Saya:  'Assalamualaikum..tumpang tanya,adik kenapa?disengat oleh tebuan?'
Pelajar A: 'Ha'a,keno sengat tebue hok KECIK tuh'



Apabila saya mendengar perkataan 'kecik' tersebut, saya mula teringat bahawa orang Pantai Timur, Kelantan khususnya menggelar tebuan sebagai tebuan dan lebah. Manakala, bagi orang di negeri sebelah barat ini mereka menggelar tebuan sebagai seekor serangga yang besar dan mampu meragut nyawa si mangsa. Lebah pula merujuk kepada seekor serangga yang kecil, berbisa namun bisanya tidak begitu kuat sehingga mampu meragut nyawa si mangsa seperti seekor tebuan. Maka, tidak hairanlah bahawa pelajar tersebut tidak menunjukkan sebarang reaksi sakit kerana diserang lebah yang mengikut dialeknya dikenali sebagai TEBUAN dan para jururawat yang ada di klinik tersebut berasa risau kerana menganggap bahawa pelajar tersebut disengat oleh sekawan TEBUAN yang sangat berbahaya bagi mereka. Saya hanya berlalu dari klinik itu sambil tersenyum dan berfikir 'Indahnya hidup di Malaysia.Pelbagai ragam dialek boleh saya jumpa'. :)

No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog