Blogger Widgets

Thursday, 8 March 2012

Situasi Empat-08/03/12



           Mengikut kefahaman saya, salah satu fungsi penggunana bahasa Melayu adalah untuk menyuburkan amalan komunikasi dalam kehidupan bermasyarakat. Penggunaan bahasa Melayu yang indah dan sempurna akan mewujudkan sebuah komunikasi yang berkesan dan secara tidak langsung menekankan aspek kesantunan bahasa dalam kehidupan seharian kita. Seperti yang telah saya pelajari ketika sekolah menengah dahulu, terdapat beberapa aspek yang mencakupi kesantunan dalam berbahasa iaitu aspek bahasa sapaan dan bahasa tubuh. Kedua-dua aspek ini sebenarnya menyumbang peranan yang besar kepada kita untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai kelompok masyarakat. Bahasa sapaan juga mencakupi kata ganti diri, sapaan dan sebagainya. Selain itu, kepentingan bahasa sapaan ini sangat dititikberatkan di UPSI khususnya di Fakulti Bahasa dan Komunikasi iaitu fakulti saya sendiri. Para pensyarah di UPSI sangat memandang serius tentang bahasa sapaan dan gelaran ini. Bagi mereka, kegagalan pelajar dalam menyebut panggilan atau pangkat bagi seseorang pensyarah itu adalah sangat tidak wajar.

             Saya pernah mengalami situasi sebegini ketika berjumpa dengan salah seorang pensyarah di fakulti saya. Pertukaran Penasihat Akademik telah menyukarkan saya untuk menguruskan penambahan dan pengguguran kursus serta pemerolehan slip keputusan peperiksaan. Maka, saya terus mendapatkan nombor telefan bimbitnya di kaunter pejabat beserta nama beliau. Tetapi malangnya, saya hanya mengetahui nama penuhnya sahaja tidak termasuk pangkatnya. Saya langsung menelefon beliau dan menyuarakan tujuan saya untuk berjumpa dengannya. Setelah tiba di hadapan biliknya, saya dijemput masuk dan duduk. Setelah berbual dan ketika saya merancang untuk beredar, beliau mengatakan sesuatu kepada saya, 'Next time, please alert with my name. Not just my name. Do call me 'doktor' or you can't get your slip result'. Saya hanya terkedu dan berlalu meninggalakn biliknya. Saat itu saya sedar bahawa gelaran dan pangkat merupakan satu aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat. Kegagalan menggunakan gelaran dan bpangkat ini akan merosakkan hubungan dalam berkomunikasi. 

*p/s : I'm so sorry, Dr.





No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog