Blogger Widgets

Friday, 16 March 2012

Situasi Dua Belas-20/3/12


Salam jumaat buat rakan dan Puan Husna... Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu situasi yang baru sahaja saya alami iaitu mengenai gelaran. Ya! Gelaran LAGI. Gelaran merupakan perkara penting bagi sesetengah individu atau kelompok masyarakat. Menurut Puan Husna sendiri, aspek gelaran begitu dipandang serius di Scotland, iaitu negara tempatnya belajar sebelum ini. Namun, hal ini berbeza pula di Malaysia. Gelaran merupakan satu aspek yang begitu dititikeratkan di sini. Bahkan, boleh berlaku 'saman-menyaman' jika terdapat kesalahan dalam mengungkapkan sesetengah gelaran tersebut. Aspek gelaran ini juga sering dipandang serius oleh pensyarah-pensyarah di UPSI. Terdapat sebilangan pensyarah di UPSI yang sanggup mendenda pelajar jika seseorang pelajar tersebut terlupa namanya, tersalah ketika menyebut gelaran akademiknya, 'typing error' dan sebagainya. Buktinya, terdapat seorang pensyarah yang akan mengurangkan atau menolak markah tugasan pelajar tersebut jika berlaku kesilapan-kesilapan seperti yang saya senaraikan atau ketinggalan gelaran akademiknya. Contoh:
"Prof. Madya. Dr Abu bin Bakar menjadi Prof Madya Abu bin Bakar". Oleh itu, tidakkah gelaran-gelaran seperti ikhtisas, akademik dan keturunan begitu dipandang tinggi di Malaysia?



Selain itu, ada juga dalam kalangan pensyarah saya yang tidak akan menerima sebarang tugasan jika nama dan gelaran akademiknya tidak ditulis dengan betul. Maka, melalui situasi-situasi yang telah saya nyatakan tadi, dapat saya simpulkan bahawa sesebuah gelaran (tidak kiralah gelaran ikhtisas, keturunan atau akademik) merupakan satu aspek yang penting bagi masyarakat di Malaysia. Keadaan ini mungkin berbeza di negara-negara lain yang tidak begitu mengagung-agungkan gelaran yang mereka miliki. 


Namun begitu pada pandangan saya juga, aspek gelaran ini mempunyai  pro dan kontranya. Dari sudut pronya, jika kita memandang serius tentang aspek gelaran ini, kita seakan menghargai perjuangan, pengalaman, dah secara tidak langsung kita telah mengiktiraf tahap akademik seseorang individu tersebut. Namun, dari segi kontranya pula, akan wujud sebuah komuniti yang terlalu terikat dengan aspek gelaran  ini sehingga memberi impak negatif kepada individu yang lain. (seperti situasi yang telah dialami oleh saya dan rakan-rakan). Oleh sebab itu, kita sebagai masyarakat perlu bijak dalam menggunakan gelaran ini dan haruslah sesuai pada tempat, masa dan kelompok masyarakatnya. 






* p/s : Maafkan saya Dr. :)

No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog