Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang perluasan bahasa pencampuran kod yang semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan sebagainya akan terbantut jika usaha untuk melestarikan bahasa Melayu yang tulen tidak berjalan dengan lancar. Bahasa pencampuran kod ialah pencampuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat yang sama.
Baru-baru ini, ketika saya pergi ke Kuala Lumpur untuk menghabiskan baucer buku yang masih berbaki, saya sangat terkejut apabila terjumpa sebuah iklan di dalam komuter. Ketika orang ramai sedang berlumba-lumba untuk memasuki komuter, saya hanya tergamam dan melihat iklan tersebut. Pada iklan tersebut, tertera ayat ' Jumpa U ALL tak lama lagi'. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa terdapat percampuran kod dalam ayat tersebut iaitu perkataan 'jumpa, tak, lama, lagi' yang merupakan bahasa Melayu serta perkataan ' U (kamu) ALL (semua) yang merupakan bahasa Inggeris.
Sepatutnya, dalam melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, pihak yang berkenaan sepatutnya memaparkan iklan yang gramatis dari segi binaannya seperti "Jumpa kamu semua tidak lama lagi" atau "See you again next time". Jika langkah sebegini diambil, maka bahasa pencampuran kod dapat dielakkan dan secara tidak langsung dapat melatih rakyat untuk menggunakan bahasa Melayu yang standard dengan betul.
*p/s : 'Katakan tidak pada bahasa pencampuran kod'

No comments:
Post a Comment