Blogger Widgets

Thursday, 15 March 2012

Situasi Sebelas-19/03/12


Perkataan 'protokol' dikatakan berasal daripada Bahasa Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua kata dasar, protos dankoll. Daripada Larouse Illustrated International Encyclopedia and Dictionary, protokol dapatlah difahami sebagai:
Suatu susunan keutamaan dalam pangkat dan status dan juga prosedur yang betul dalam pertukaran diplomatik dan dalam upacara-upacara negara.Suatu draf permulaan atau memorandum dokumen diplomatik seperti ketetapan yang telah dipersetujui dalam rundingan untuk dimasukkan ke dalam suatu persetiaan formal dan ditandatangani oleh perunding-perunding. (Rujukan selanjutnya)


Saya mula mempelajari asas protokol ketika mengikuti MSK iaitu Minggu Suai Kenal/minggu orentasi untuk pelajar-pelajar baru ambilan UPSI. Meskipun saya mengikuti sebanyak tiga kali pengambilan iaitu MSK JUN, JULAN dan SEPTEMBER, namun ilmu yang diperolehi masih belum mencukupi kerana bidang protokol merupakan satu bidang sukar dikuasai. Tambahan lagi, dalam bidnag protokol ini juga kita perli berdepan dengan tetamu-tetamu kehormat dan perlu melalui prosedur-prosedur yang sangat tertib.


Maka, pada entri kali ini saya ingin bercerita tentang beberapa situasi yang pernah saya alami, yang berkaitan dengan bidang protokol khususnya tentang gelaran-gelaran seperti gelaran akademik dan sebagainya. Ketika sata mengikuti pementasan drama di Pusat Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, saya agak terkejut apabila berlaku kesilapan pada malam perasmian berlangsung. Pada malam tersebut, seramai tiga orang tetamu kehormat yang dijemput iaitu Encik Mohd Zulkifli Bin Ishak, wakil Pusat Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Prof. Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli b. Saludin, Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu UPSI, dan Profesor Madya Dr. Abdul Rahman bin Napiah Pengarah Drama 'Pasir-pasir Di Pasir Salak'.


Sebenarnya, gelaran bagi ketiga-tiga tetamu pada malam tersebut ialah 'Yang Berbahagia'. Namun, ketika pengacara majlis membacakan SALUTASI (senarai nama-nama tetamu), berlaku sedikit kesilapan. Pengacara majlis telah menggelar Encik Mohd Zulkifli Bin Ishak, wakil Pusat Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan sebagai 'Yang Berhormat', sedangkan beliau bukanlah seorang ahli politik. Kedua-dua tetamu kehormat yang lain terkejut dan berpandangan antara satu sama lain.

Ketika majlis menjemput Prof. Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli b. Saludin, Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu UPSI untuk menyampaikan ucapan, beliau telah menegur pengacara majlis secara terbuka tentang kesilapannya tentang penggunaan gelaran 'Yang Berhormat' sebelumnya. Beliau juga telah menerangkan serba sedikit tentang tata tingkat gelaran-gelaran yang perlu kami ketahui. Secara tidak langsung, kesemua peserta yang berada di dalam dewan tersebut memperoleh sedikit pengetahuan.

Sejujurnya, bermula dari peristiwa tersebut saya menjadi berhati-hati dalam merangka teks ucapan atau teks pengacara majlis supaya tidak berlaku kesilapan seperti yang telah dilakukan oleh rakan saya. Sememangnya, tidak ada seorang pun insan yang dapat lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga dengan saya. Lebih-lebih lagi, kita akan menjadi gemuruh apabila perlu berurusan dengan para tetamu dan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Selain itu, sebagai bakal guru bahasa saya seharusnya menguasai gelaran-gelaran atau panggilan kehormat seperti gelaran keturunan, anugerah dan ikhtisas. Situasi ini boleh dijadikan pengajaran dan ilmu tambahan kepada saya dan rakan yang lain. 




No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog