Kehidupan di UPSI merupakan sebuah kehidupan yang mencabar. Setiap hari, kita akan berdepan dan bertemu dengan pelbagai jenis orang dari pelbagai latar belakang. Memang tidak dapat dinafikan, orang Pantai Timur merupakan golongan yang mendominasi bilangan mahasiswa dan mahasisiwi di UPSI ini. Oleh yang demikian, wujud pelbagai rencam bahasa yang sentiasa berlegar di atmosfera UPSI, baik di kawasan kampus mahupun di kolej atau di Pekan Tanjong Malim. Kebanyakan sahabat saya di UPSI ialah mereka yang berasal dari Kelantan dan Terengganu. Pada mulanya, memang sukar untuk menyesuaikan diri dengan dialek dan kehidupan seharian mereka. Namun, semakin lama saya sudah pandai untuk menguasainya.
Teringat saya akan sebuah situasi ketika saya sedang ke pasar untuk membeli timun bagi membuat rojak. Berulang kali telah saya pesan kepada rakan saya untuk membelinya tetapi sesudah sampai di kolej, hanya buah tembikai sahaja yang saya lihat dan bukannya timun. Saat itu, barulah saya tahu bahawa dialek di Kelantan menamakan buah tembikai itu sebagai timun. Maka, tidak hairanlah jika sahabat saya membeli buah tembikai yang baginya ialah timun. Hakikatnya, Bahasa Melayu merupakan bahasa standard bagi rakyat Malaysia. Namun, terdapat bermacam dialek yang digunakan sebagai bahasa pertama atau kedua bagi mereka yang berasal dari negeri yang kaya dengan dialek seperti Kelantan, Terengganu, Sabah, Serawak dan sebagainya yang mewujudkan variasi bahasa dalam Bahasa Melayu.

No comments:
Post a Comment