Pada entri ke lapan belas ini, saya ingin menyambung pengetahuan tentang dialek Jawa yang telah saya janjikan kepada para pembaca dan juga Puan Husna. Saya pasti Puan tertunggu-tunggu untuk mengetahui dan mempelajari tentang dialek Jawa yang unik ini. Bukannya apa, dialek Jawa ini sebenarnya dikuasai oleh golongan minoriti sahaja, tidak seperti dialek-dialek yang lain. Contohnya seperti dialek Kelantan, Terengganu dan sebagainya yang dikuasai oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia. Maka, sebagai penambahan ilmu untuk rakan yang lain, saya akan berkongsi tentang dialek Jawa khususnya dari aspek ungkapan.
Ungkapan yang kerap digunakan dalam dialek Jawa kebiasaanya terwujud kerana beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah sejarah. Oleh kerana dialek Jawa ini dikatakan berasal dari negara seberang iaitu Indoneisa, maka ungkapan yang lahir adalah lebih ke arah bahasa di sana. Sebagai contoh, bahasa atau ungkapan yang digunakan dalam dialek Jawa sangat mirip dengan bahasa Indonesia seperti 'kesambet', 'malam jumaat kliwon' dan sebagainya.
Oleh yang demikian, dalam entri kali ini saya akan berkongsi tentang ungkapan yang terdapat dalam dialek Jawa. Ungkapan-ungkapan ini digunakan secara meluas dalam konteks masyarakat Jawa di Sabak Bernam. Kadang kala, ungkapan dalam dialek Jawa ini mempunyai persamaan atau seiras dengan ungkapan yang terdapat dalam bahasa Melayu dan juga dialek-dialek lain. Antara ungkapan tersebut ialah :
'orak iso nolis'
Ungkapan ini kebiasaannya digunakan jika seseorang itu tidak tahu belajar (menulis,membaca,mengira). Maksud bagi ungkapan ini ialah 'tidak tahu menulis. Orang tua saya akan menggunakan ungkapan ini kepada saya, khususnya selepas mengetaui keputusan ujian atau peperiksaan saya.

'dimar keanginan'
Ungkapan ini pula ditujukan kepada orang yang sangat mengantuk, hinggakan tidak mampu untuk celik atau membuka matanya. Ungkapan ini diterjemahkan secara terus dari dialek Jawa ke bahasa Melayu. 'Dimar' membawa maksud pelita manakala 'keanginan' membawa maksud berangin, terkena angin atau ditiup angin. Oleh sebab itulah bagi orang yang sangat mengatuk, kami
(orang Jawa) akan menggelar mereka dengan ungkapan 'dimar keanginan' yang melambangkan matanya bagai pelita yang ditiup angin hinggakan kuyu dan tidak larat untuk dibuka. Ia diibaratkan dengan sumbu pelita yang akan malap, samar dan kecil apabila ditiup angin.
'keserupen/kesambet'
Ungkapan ini sebenarnya merupakan satu hal atau makna yang sinonim. Ungkapan ini sebenarnya membawa makna 'dirasuk' atau 'menurun'. Namun begitu, dalam konteks masyarakat moden sekarang, ungkapan ini telah beralih kepada perbuatan atau kata kerja yang lain. Jika di kampung saya, ungkapan ini akan ditujukan kepada individu yang bagaikan hilang kawalan emosi seperti marah yang melampau, ketawa sehingga tidak terkawal dan sebagainya. Ungkapan ini kini digunakan untuk perbuatan yang melibatkan emosi yang melampau.
'warak-wirik'
Mungkin sahabat atau Puan Husna pernah mendengar ungkapan ini. Ungkapan ini seakan sama dengan bahasa Indonesia. Hal ini demikian kerana, ketika saya menonton konsert Akademi Fantasia, seorang penyanyi terkenal dari seberang pernah menggunakan ungkapan ini dan ungkapan ini ditujukan kepada seorang penyanyi yang berjalan ke hulu ke hilir tanpa berhenti. Oleh itu, maksud bagi ungkapan ini ialah perbuatan ke hulu ke hilir atau mundar-mandir yang dilakukan secara berulang oleh seseorang individu. Masyarakat bahasa Jawa menggunakan ungkapan ini kepada sesiapa yang tidak tahu 'duduk diam' dan bergerak tanpa henti.

Demikianlah ungkapan dalam dialek Jawa yang dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan. Mengapa? Cuma sedikit? Jangan khuatir. Insyaallah saya akan tambah koleksi ungkapan ini dari semasa ke semasa, supaya rakan-rakan dapat mengaplikasi ungkapan ini dalam kehidupan seharian. Selain itu, rakan-rakan juga dapat mengetahui bahasa atau 'kod rahsia' yang digunakan oleh mahasiswa yang mengamalkan dialek Jawa ini. Jangan risau. Jika ada pertanyaan, tinggalkan di ruangan komen. Selamat membaca sahabat~ :)
No comments:
Post a Comment