Blogger Widgets

Friday, 23 March 2012

Situasi Empat Belas-22/03/12

Bahasa slanga. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang topik bahasa slanga. Bahasa slanga merupakan kata-kata yang diambil daripada dialek atau bahasa kaum lain termasuk bahasa penjajah, kemudian diberi pengertian yang baru. Penggunaan dan perluasaan bahasa slanga ini telah mendominasi masyarakat kita baik dari peringkat kanak-kanak hinggalah peringkat dewasa. Penggunaan bahasa slanga ini digunakan secara meluas di pelbagai daerah, kawasan, khususnya di UPSI. Kadang-kadang, penggunaan bahasa slanga adalah lebih dominan berbanding penggunaan bahasa standard dan kadang-kadang pengaruh bahasa slanga yang kuat ini telah terserap ke dalam bahasa seharian mahasiswa di UPSI. Khususnya, ketika melakukan perbentanga akan terpacullah perkataan-perkataan bahasa slanga di bibir para mahasiswa. *saya juga merupakan salah seorang daripadanya :) * Contohnya, ketika saya sedang melakukan pembentangan, terkadang terlepas di bibir perkataan 'ce teka', 'ce jawab', dan 'pehhhh!!'.


Oleh itu, pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang perkataan-perkataan terkini yang sering diguna pakai oleh 'pengamal' bahasa Slanga. Antaranya:


Bahasa Slanga
Sinonim dalam Bahasa Standard
Contoh Penggunaan
Ape celop?
Ape cerita?
Ape celop bro?’
Poyo!
Berlagak/Sombong
Poyo lah mamat nih!’
Maman
Terlampau semangat
‘Maman seyh~’
Kerek
Berlagak
Kerek betul!’
Kekwat
Berlagak *panggilan bagi kaum dua alam*
‘Uhhh..kekwat la U nih!’
Masuk air
Gila-gila/tidak begitu betul
‘Kau kenapa?masuk air ye?’
Dowh~
Singkatan untuk ‘**doh*
‘Sakit hati dowh..’
Payung/Pau
Belanja
‘Bila nak payung/pau dia?’
Cun
Terlampau cantik
Cun betul awek tu!’
Cer citer
Cuba cerita
Ce citer sikit kenapa?!’
Lek lu..
‘Rilex dulu’
Lek lu bro..’
Apa barang..
Tiada ‘kelas’
Apa barang pergi kuliah..’
Choi!!!
Menyumpah
‘Study??choi!!!!’
Seyh/Siot
Pelengkap ayat
‘Bergaya seyh/siot!!’
Pehhhh!
Perlambangan bagi kata penguat. “terlampau”
Pehhh!kaya siot!’*Terlampau kaya siot!’






















Penggunaan bahasa Slanga semakin meluas khususnya dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UPSI. Yang nyata, penggunaan bahasa ini telah memberi impak kepada mereka khususnya ketika mereka mengadakan pembentangan di kelas. Bagi pendapat saya, sebagai seorang bakal guru bahasa Melayu saya perlu menjaga bahasa dan percakapan saya agar saya dapat menjadi contoh yang baik. Lebih-lebih lagi, saya merupakan orang Selangor yang sudah nyata menjadi 'pengamal tegar' bahasa Slanga ini.







No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog