Kesantunan bahasa merupakan aspek penting dalam kehidupan sosial kita. Kita harus mengamalkan kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian kita. Begitu jugalah dengan saya. Kehidupan bermasyarakat saya sememangnya mencabar. Hal ini demikian kerana, setiap hari saya akan berdepan dengan pelbagai jenis orang baik kawan, pensyarah, pemandu bas, pekedai dan sebagainya. Oleh yang demikian, kesantunan saya dalam berbahasa haruslah dijaga supaya keharmonian dapat dikekalkan. Sejujurnya, pada hari pertama kuliah bersama Puan Husna Faredza bt Mohamed Rezwan untuk kelas Sosiolinguistik Bahasa Melayu, saya berasa amat kesal. Hal ini demikian kerana, pada akhir kelas iaitu ketika semua rakan berpusu-pusu keluar dari kelas, saya dengan tidak santunnya membiarkan Puan Husna mengemas peralatan, bukunya dan barang-barangnya seorang diri. Walhal, saya masih berada di situ dan hanya berdiri sambil memerhatikannya. Sememangnya, saya agak malu untuk menghulurkan bantuan kerana beliau merupakan pensyarah baharu dan kami tidak begitu kenal antara satu sama lain tetapi dari aspek yang lain saya sebenarnya sudah tidak mempunya kesantunan, baik dari bahasa lisan mahupun yang bukan lisan. Tambahan lagi, saya tidak mengucapkan terima kasih kepada Puan Husna kerana telah memberi kuliah dan penerangan pada hari tersebut bahkan saya hanya berlalu keluar dari kelas sambil memandangnya. Saya begitu kesal dan berasa malu sebenarnya. Seharusnya, saya sebagai seorang mahasiswi yang sudah terpelajar perlu bijak berfikir dan sentiasa bersopan santun baik dari segi percakapan mahu pun perbuatan. Saya seharusnya menolong beliau dan tidak membiarkannya terkapai-kapai keseorangan. Saya begitu kesal dan berharap agar saya akan berubah pada masa akan datang.

No comments:
Post a Comment