Selamat petang semua. Oleh kerana
saya telah selesai menyiapkan entri untuk hari yang ke enam belas, maka tidak
salah jika saya menyiapkan dua situasi dalam hari yang sama. Jika rakan-rakan
ingat, pada entri sebelum ini saya ada berkongsi tentang dialek Jawa khususnya
dari aspek kosa kata. Sebenarnya, terdapat banyak lagi maklumat yang ingin saya
kongsikan bersama rakan-rakan tetapi oleh kerana takut akan pengulangan, jadi
saya dahulukan situasi atau topik yang lain terlebih dahulu. Oleh itu, pada
entri kali ini saya ingin berkongsi tentang dialek Jawa juga tetapi perbandingannya
dari aspek morfologi.
Jika diteliti kata-kata penguat yang
terdapat dalam bahasa Melayu/standard, terdapat beberapa jenis. Antaranya ialah
kata penguat hadapan (terlalu, paling, dan agak), belakang (benar, sekali, dan
nian) serta kata penguat bebas (sangat, amat, dan sungguh). Sebenarnya, kata
penguat juga terdapat dalam bahasa Jawa, namun yang bezanya ialah unsur penguat
yang ditonjolkan dalam bahasa Jawa ini tigak digambarkan dengan perkataan
secara nyatanya. Unsur penguat dalam dialek Jawa digambarkan melalui penekanan
suku kata yang pertama serta ditambah dengan fonem [u] dan juga melalui kata
'tenan-sangat' dan 'tenanan-tersangat'.
Maka, untuk kefahaman para rakan
saya akan sediakan beberapa contoh penggunaan unsur penguat yang terdapat dalam
bahasa Jawa:
Unsur penguat pertama : Penekanan
suku kata pertama dan penambahan fonem [u]
Dialek Jawa
|
Bahasa
Standard
|
b[u]agus
|
bagus
|
c[u]antik
|
jauh
|
j[u]auh
|
cantik
|
Unsur penguat kedua : Penggunaan
kata 'tenan’ bagi ‘sangat' dan 'tenanan serta rameram’ bagi 'tenanan-tersangat/penguat
belakang'.
Dialek Jawa
|
Bahasa
Standard
|
mentel
tenan
|
mengada-ngada
sangat
|
ayu
tenan
|
cantik
betul/sangat
|
okeh
tenanan
|
banyak
sungguh
|
s[u]akit rameram
|
sakit
sangat-sangat/sekali
|
Demikianlah sedikit pengetahuan yang dapat saya kongsikan kepada para pembaca. Jika mahu tahu dengan lebih lanjut, kekallah membaca blog ngahngokngek pada masa akan datang. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment