Kesantunan bahasa juga mencakupi bahasa tubuh atau 'body language". Tanpa kita sedari, bahasa tubuh juga merupakan salah satu bentuk komunikasi yang digunakan dalam kehidupan seharian. Bahasa tubuh dapat dipecahkan kepada empat pecahan iaitu anggota tubuh, gerakan mata, gerakan tangan dan juga mimik muka.
Bagi saya, penggunaan bahasa tubuh digunakan secara dominan dalam proses berkomunikasi jika dibanding dengan bahasa lisan. Kehidupan di kampus juga sebenarnya mencerminkan penggunaan bahasa tubuh yang lebih kerap berbanding bahasa badan. Terdapat pelbagai contoh situasi yang menggambarkan penggunaan bahasa tubuh ini. Antaranya:
Situasi satu : Ketika sesi kuliah berlangsung.
Bahasa tubuh : Gerakan mata.
Kebiasaanya, ketika di dalam kelas pelajar akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap penerangan yang diberikan oleh pensyarah. Ketika di dalam kelas juga, perbualan atau komunikasi lisan berlaku dengan kadar yang minimum kerana rasa hormat akan pensyarah. Namun begitu, tanpa kita sedari wujud komunikasi bahasa tubuh dalam kalangan pelajar khususnya saya sendiri. Jika waktu untuk sesebuah kelas tersebut telah tamat, beberapa pelajar akan berkomunikasi dengan menggunakan isyarat mata untuk memberi petunjuk kepada pensyarah bahawa kelas susah pun tamat seperti dalam kelas Kesusasteraan Melayu dalam Pembangunan Modal Insan pada hari ini. :)
Situasi dua : Sewaktu berselisih dengan rakan
Bahasa tubuh : Gerakan tangan
Pergerakan tangan juga merupakan salah satu bentuk komunikasi yang kerap dilakukan oleh pelajar di UPSI. Pergerakan tangan seperti mengangkat tangan, melambai dan sebagainya merupakan salah satu cara bagi seseorang individu itu untuk berkomunikasi. Seperti saya juga, ketika saya terserempak atau berselisih dengan rakan, saya akan melambai atau mengangkat tangan yang mewakilkan ucapan 'Hai', 'Hello' dan sebagainya. Jelas sekali pergerakan ini akan mewujudkan sebuah komunikasi kerana kawan saya atau individu kedua tersebut akan membalas dengan cara yang sama.
*p/s: Penggunaan bahasa tubuh lebih kerap digunakan oleh saya, khususnya ketika berkomunikasi secara tidak formal
No comments:
Post a Comment