Selamat tengahari semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang satu situasi yang saya alami ketika berada di dalam kelas KPD (Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran 2). Kelas ini terdiri dari 38 orang pelajar yang berasal dari pelbagai negeri seperti kelantan, terengganu, sabah, melaka, kedah dan sebagainya. Secara tidak langsung, sudah tentu terdapat pelbagai jenis dialek yang digunakan oleh kami ketika di dalam kelas. Buktinya, ketika pensyarah kesayangan kami iaitu Dr. Idris Mad Radzi sedang memberikan penerangan tentang 'microteaching' dengan menggunakan paparan 'slide show', kami begitu asyik menyalin. Hal ini demikian kerana, nota yang ditunjukkan adalah sangat panjang dan Dr. begitu cepat membacanya. Sampai pada suatu tahap, salah seorang dari kawan saya iaitu Siti Bazilah binti Ramli
berkata kepada Dr Idris:
Bazilah : "Dr, kami 'tak dan' nak salin."
Dr Idris : "Apa?"
Bazliah : "Dr laju sangat. Kami 'tak dan' nak salin nota sebelumnya"
Dr Idris : "Apa kamu cakap? Saya tak faham"
Kami : 'Dr, Bazilah kata die 'tak sempat' salin. 'Tak dan' tu maksudnya tak sempat"
Dr : "Owh, kamu cakaplah tak sempat. Saya tak faham."
Maka, berdasarkan situasi ini saya dapat menyedari bahawa kepelbagaian dialek yang terdapat dalam kalangan masyarakat kita kadangkala telah membantutkan proses komunikasi dua hala seperti yang telah berlaku di dalam kelas saya ini. Namun begitu, tidaklah bermakna kepelbagaian dialek ini mendatangkan perkara buruk kepada kita. Bahkan, kita dapat mempelajari sebarang dialek yang tidak diketahui oleh kita. Kepelbagaian dialek bagi sesuatu perkara atau benda dalam kalangan masyarakat Malaysia meripakan satu keistimewaan atau keunikan yang dimiliki oleh kita semua. Masyarakat yang berbilang kaum dan penduduk yang mempunyai pelbagai jenis dialek telah mewarnai lagi dunia bahasa di Malaysia.
*p/s : (tak dan bermaksud tak sempat bagi orang Kedah)

No comments:
Post a Comment