Blogger Widgets

Thursday, 8 March 2012

Situasi Tiga-07/03/12


Masuk hari ketiga untuk saya merakamkan situasi berbahasa yang pernah saya alami di dalam blog ini. Kesantunan bahasa dalam kehidupan seharian kita sebenarnya merupakan satu aspek yang sangat penting. Bahasa yang diguna pakai oleh seseorang sebenarnya melambangkan keperibadian dan ketertiggian budaya yang diamalkan oleh seseorang individu tersebut. Bagi diri saya sendiri, setiap perkataan yang diujarkan dari mulut saya akan melambangkan akademik, sahsiah dan keperibadian saya sendiri. Oleh itu, seboleh-bolehnya saya akan berusaha untuk menjada percakapan agar tidak terlanjur dan menyakiti orang di sekeliling kita. Maka, pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan ‘followers’ dan sudah tentunya Puan Husna Faredza bt Mohamed Rezwan tentang sebuah video yang pernah menjadi buah mulut orang di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan sebagainya.


    Berdasarkan video ini, saya dapat simpulkan bahawa penggunaan bahasa dalam hidup bermasyarakat akan mempengaruhi keseluruhan struktur sosial yang ada. Lebih-lebih lagi jika kita terdedah kepada masyarakat. Sudah tentu akan terserlah ketidaksantunan bahasa kita yang nyata akan mengaibkan diri kita sendiri. Saya begitu terkejut apabila mendengar perbualan telefon yang telah dirakam oleh salah sebuah stesen radio tempatan ini. Nmaun, yang paling menyedihkan ialah perbualan ini dirakam dan diperdengarkan kepada umum. Apabila saya mendengar perbualan antara seorang wanita dan DJ ini, saya begitu malu dan agak terkilan dengan bahasa yang telah digunakan. Perbualan mereka seolah-olah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu tidak mempunyai kesopanan dalam berbahasa. Meskipun perbualan mereka tidak dirakam, mereka seharusnya tidak bersifat sedemikian rupa dan secara tidak langsung telah mengaibkan diri sendiri. Moral yang saya perolehi melalui situasi ini sudah tentu ‘bahasa melambangkan peribadi kita’. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog