Blogger Widgets

Monday, 26 March 2012

Situasi Enam Belas-26/03/12


Selamat pagi semua.  Pada entri kali ini, saya ingin membincangkan tentang dialek yang telah saya kuasai. Dialek yang telah saya kuasai ini adalah merupakan dialek yang terdapat di selatan negeri Selangor iaitu di kawasan daerah Sabak Bernam. Bagi yang tidak tahu, dialek yang terdapat di kawasan ini ialah dialek Jawa. Memang tidak semua masyarakat yang tinggal di negeri Selangor mahupun di daerah Sabak bernam tahu atau fasih dalam dialek Jawa ini. Namun, di daerah tempat tinggal saya, dialek Jawa atau sinonimnya ‘bahasa Jawa’ merupakan bahasa lazim yang diguna pakai oleh kami. Selain itu, apabila berkunjung atau pulang ke kampung halaman saya yang terletak di daerah Sabak Bernam juga, saya beserta keluarga akan bercakap dalam bahasa Jawa ini. Oleh itu, pada entri kali ini saya ingin berkongsi kosa kata yang terdapat dalam bahasa Jawa dan saya akan sepadankan dengan bahasa Melayu iaitu bahasa standard kita. Moga membantu.


            Jika dilihat dari aspek kiraan, terdapat perbezaan yang nyata antara bahasa Jawa dengan bahasa standard baik dari aspek fonologi, morfologi dan sudah tentu kosa katanya. Oleh itu, dalam jadual di bawah anda akan mengetahui perbezaan dan kosa kata yang terdapat dalam bahasa Jawa. 

Perbezaan kiraan dalam dialek Jawa dari aspek kosa kata :

Dialek Jawa
Bahasa Standard/Melayu
siji
satu
loro
dua
telu
tiga
papat
empat
limo
lima
nenem
enam
pitu
tujuh
wolu
lapan
songo
sembilan
sepoloh
sepuluh
 Perbezaan kiraan dalam dialek Jawa dari aspek fonologi :

Dialek Jawa
Bahasa Standard/Melayu
siji
satu
loro
dua
t[e]lu
tiga
papat
empat
limo
lima
n[e]n[e]m
enam
pitu
tujuh
wolu
lapan
so[ ŋ ]o
sembilan
sepoloh
sepuluh
 

Oleh itu, berdasarkan jadual di atas saya agar  berharap agar Puan Husna dan rakan-rakan dapat menambah sedikit kosa kata mengenai dialek jawa. Namun, untuk entri kali ini saya akan berkongsi tentang kosa kata yang terdapat dalam bahasa Jawa sahaja. Jika rakan-rakan mahu mengetahui tentang aspek-aspek yang lain pula, teruskanlah membaca blog saya. Wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog