Assalamualaikum buat akan-rakan dan pensyarah kita, Puan Husna. Mungkin kerana terlalu seronok dalam menulis blog, sampaikan dalam masa sehari, dua hingga tiga situasi telah saya kongsikan. Pada entri sebelum ini, saya ada berkongsi tentang bahasa pencampuran kod yang meluas dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Oleh itu, pada entri kali ini juga saya ingin berbicara tentang wabak bahasa pencampuran kod ini yang semakin menular. Buktinya, terdapat beberapa penggunaan bahasa sebegini dalam media elektronik mahu pun media massa. Ketika saya sedang mencari bahan untuk merangka tugasan, saya terjumpa akan sebuah gambar kartun yang mendedahkan bahasa pencampuran kod ini. Dalam gambar tersebut, penulis atau pelukis cuba untuk mengajak pembaca supaya tidak menggunakan bahasa pencampuan kod dalam kehidupan seharian kita.
Penggunaan bahasa pencampuran kod ini sebenarnya akan merebak dan mewujudkan satu penyakit baharu iaitu penyakit 'bahasa rojak'. Selain itu, dari sudut yang lain pula saya begitu berbangga dengan niat penulis atau pelukis yang cuba berusaha untuk berkempen bagi memartabatkan dan meningkatkan penggunaan bahasa Melayu standard yang betul. Melalui cara yang dilakukan oleh penulis seperti lukisan dalam bentuk kartun, mesej yang ingin disampaikan mungkin akan diterima dan mendapat perhatian. Oleh itu, saya sebagai bakal guru bahasa Melayu merasa bahawa tanggungjawab kami kelak akan lebih mencabar dan besar. Selain itu, sokongan dari masyarakat juga amat diharapkan seperti yang telah dilakukan oleh penulis dan pelukis gambar kartun ini:

No comments:
Post a Comment