Blogger Widgets

Tuesday, 13 March 2012

Situasi Sepuluh-16/03/12

Masyarakat pada masa kini terlalu taksub dengan alat elektronik sehingga mengenepikan nilai kesantunan bahasa dalam pergaulan seharian. Penggunaan alat elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba telah meninggalkan impak terhadap nilai estetik dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'mesej pesanan ringkas' atau dikenali juga sebagai SMS telah melunturkan nilai estetika khususnya kesantunan dalam berbahasa. Seperti saya juga, ketika menghantar mesej kepada rakan, keluarga dan pensyarah, terkadang saya terlupa untuk memberi salam sebelum memulakan pertanyaan. Oleh kerana sudah terlalu biasa menggunakan perkataan ringkas, ia semakin menjadi rutin bagi saya. Bahkan, dalam tugasan dan perbualan juga saya sering menggunakan perkataan ringkas dan tidak menggunakan kata-kata aluan seperti 'Assalamualaikum dan terima kasih'.

No comments:

Post a Comment

Followers

Music Is My Life


Powered By KakiBlog